Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Ermm..lama gak saya x update Blog yer. Soriiii...buzy sesangat coz minggu ni sekolah saya penuh dengan pelbagai majlis yang diadakan.
Kerja pun jangan kata lah, memang banyak untuk setiap guru..
oohh itu sudah pasti, mana ada orang bekerja yang tak buzy..kan kan kan..
Ok, hari Rabu bersamaan dengan 11 Fenruari 2015 yang lepas, sekolah telah mengadakan satu Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan seorang guru pakar Bahasa Inggeris sekolah saya yang telah lama berkhidmat dalam bidang pendidikan selama 38 tahun iaitu Puan Hajah Zaleha Binti Ali. Untuk pengetahuan semua, sekolah saya memang dan telah menjadi tradisi bertahun-tahun lamanya akan mengadakan majlis untuk guru yang akan bersara. Majlis telah bermula pada jam 10.45 pagi dimana para guru dan murid berkumpul di dewan dan seterusnya dengan ucapan wakil murid, ucapan dari wakil BKGS, ucapan Guru Besar, ucapan Yang Diraikan. Kemudian disusuli pula dengan acara Penyampaian cenderahati dari para guru dan BKGS serta murid.
Selepas itu acara bersalaman, perarakan dan acara memotong kek Hari Lahir dan akhir sekali jamuan untuk semua para guru SKTS.
Dan seperti biasa saya yang sentiasa berada dalam Jawatankuasa Fotografi dalam setiap majlis atau acara di sekolah pasti akan merakamkan kenangan-kenangan indah dalam majlis
tersebut untuk berikan kepada Jawatankuasa Dokumentasi Sekolah dan sekaligus saya turut kongsikan bersama sahabat semua dalam Blog saya yang tak seberapa ini juga ok..semoga anda semua terhibur...daaaaa
 |
| Guru Penolong Kanan..Guru Besar dan Anak kepada Guru yang diraikan |
 |
| Wakil murid memberikan ucapan |
|
 |
| Ucapan dari wakil BKGS |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan