Sabtu, 7 Februari 2015

Hari Keibubapaan Tahun 6 / 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua...
Haiii..ada masa saya tuliskan sedikit apa yang terjadi harini di sekolah saya ok. 
Harini, satu program khas untuk murid-murid Tahun 6 telah dijalankan dengan dihadiri bersama para Ibu Bapa murid-murid tahun 6. Penceramah khas telah dijemput bagi memberikan Ceramah Motivasi yang bertajuk "Ibu Bapa Cemerlang, Anak Terbilang".
Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua PIBG sekolah. Alhamdulillah, program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan lancarnya. Selain dari Ceramah Motivasi, beberapa program program lain turut dijalankan seperti Taklimat dari Setiausaha Peperiksaan, Taklimat daripada Penyelaras Tahun 6, Taklimat bagi Kelas Tambahan yang bakal dilangsungkan khas untuk murid Tahun 6, juga Taklimat Penyelaras Kecemerlangan UPSR, Taklimat daripada para guru subjek teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Juga acara terakhir ialah sesi soal jawab dan ramah mesra bersama guru kelas mahupun guru mata pelajaran. Kemudian, sebelum majlis bersurai..
para Ibu Bapa serta murid turut dihidangkan dengan makanan tengah hari.
Oleh itu, sedikit gambar-gambar sebagai tontonan bersama sahabat-sahabat semua ok...

Pendaftaran para Ibu Bapa dan murid-murid 

Bacaan Doa
Ucapan dari Yang DiPertua PIBG SK Taman Segar
Ucapan dari Guru Besar SK Taman Segar
Penceramah yang dijemput khas
Antara tugasan yang diberikan kepada murid dan ibu bapa semasa ceramah motivasi
Setiausaha Peperiksaan menyampaikan taklimat UPSR
Taklimat dari para guru subjek teras dalam UPSR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...