Ahad, 15 Februari 2015

Khamis - 12 Februari 2015...Majlis Persaraan Guru Besar SK Taman Segar - Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar

Assalamualaikum dan selamat pagi..
Ucapan pagi coz saya menulis ni di waktu pagi..kul 12.50 pagi..banyak orang dah tido dah pun..tapi masa time ni lah line internet lebih laju untuk upload gambar..haha.
Khamis - 12 Februari 2015, selepas waktu persekolahan telah diadakan Majlis Persaraan Guru Besar iaitu Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar yang mana para jemputannya terdiri daripada para Guru Besar dari sekolah-sekolah lain di Kuala Lumpur, VVIP, tetamu-tetamu yang banyak memberi sumbangan untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dan paling utama ahli keluarga Puan Guru Besar sendiri yang turut dijemput.
Tetamu dari warga SKTS juga tidak dilupakan, semua guru, kakitangan, para pekerja adalah tetamu yang diundang ke majlis perpisahan ini kecuali murid-murid. 
Majlis telah dimulakan pada jam 12.3o tengahari selepas selesai waktu pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Bermula dengan ketibaan para jemputan yang melalui karpet merah..perghhh terbaikkkk!!! Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan dari YDP, Ucapan Yang Diraikan iaitu Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar. Kemudian, persembahan slide show tentang Biodata Diri Yang Diraikan dan seterusnya nyanyian dari guru dan kakitangan sekolah sambil semua tetamu dijemput untuk menjamu selera. Penyampaian cenderahati daripada tetamu kepada Yang Diraikan iaitu Guru Besar SK Taman Segar- Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar serta majlis bersalaman turut berlangsung seperti biasa. 
Saya yang bertindak sebagai Jurukamera Utama, tetap tidak akan ketinggalan untuk merakamkan detik-detik berharga yang berlaku dalam majlis ini. 
Untuk dikongsikan bersama sahabat semua, sedikit gambar-gambar kenangan saya letakkan dalam Blog kali ini..semoga anda semua terhibur dengan gambar yang ditonton.
Pentas yang sangat cantik di design oleh para guru SK Taman Segar
Antara tetamu yang dijemput
Yang Dipertua PIBG antara tetamu khas pada hari tersebut
Ketibaan Naib Yang DiPertua PIBG
 Ketibaan Yang DiRaikan
Para tetamu yang hadir ke majlis
Bacaan doa dari Ustaz Khairul Fikri
Pengacara majlis pada hari tersebut
Ucapan dari Yang DiPertua PIBG SK Taman Segar
Ucapan daripada Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum - Puan Suria Binti Mamat
Tayangan Slide Show Biodata Dari Yang DiRaikan
Ahli keluarga Yang DiRaikan
Persembahan nyanyian dari guru SKTS

Tetamu menikmati hidangan yang disediakan
Persembahan dari kakitangan sekolah
Ucapan dari Yang DiRaikan - Guru Besar SK Taman Segar - Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar
Upacara memotong pulut bersama ahli keluarga
Acara penyampaian cenderahati dari tetamu yang hadir..terima kasih diucapkan
Salah seorang anak angkat Puan Guru Besar :)
Para guru SK Taman Segar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...