Ahad, 15 Februari 2015

Jumaat - 13 Februari 2015 - Majlis Persaraan Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar - Guru Besar SK Taman Segar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Harini dan semalam memang fokus giler saya update Blog ni..hehehe.
Ok, hari Jumaat kelmarin seorang lagi pendidik berkaliber sekolah saya telah bersara dan mengakhiri zaman pekerjaannya iaitu Guru Besar sekolah saya sendiri - Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar. Majlis Lambaian Kasih pada hari Jumaat yang lepas disertai dengan semua warga SKTS termasuk lah murid-murid sekolah.
Majlis telah dimulakan pada jam 9.45 pagi selepas semua murid berehat lebih awal dari kebiasaannya. Para guru dan murid berkumpul di Dewan Karisma dan setelah semuanya siap sedia, pasukan kompang yang terlatih hanya menunggu ketibaan Puan Guru Besar untuk memainkan kompang dan berarak masuk bersama Puan Guru Besar ke dalam Dewan Karisma sambil diiringi oleh para guru yang bertugas menaburkan bunga rampai. 
Bacaan doa dimulakan oleh Ustaz Mohd Rusydii Bin Samsuddin dan seterusnya ucapan wakil murid, ucapan Pengerusi BKGS dan seterusnya ucapan daripada Yang DiRaikan iaitu Guru Besar SK Taman Segar - Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar.
Seterusnya pula adalah persembahan daripada guru dan kakitangan sekolah. Deklamasi sajak oleh Ustaz Nawawi Bin Mohd Noor, nyanyian dari Pegawai Teknik Komputer, Encik Khairul Rijal Bin Mohamad dan nyanyian dari Guru Muzik terbaik sekolah iaitu Cikgu Muhammad Adli Aswad Bin Yusoff. Dari tepi pentas, saya hanya memerhatikan segala persembahan dan raut wajah insan Yang DiRaikan, ternyata beliau menahan sebak untuk meninggalkan sekolah yang lama didiaminya ini. Kemudiannya pula ialah penyampaian cenderahati dari guru, wakil BKGS, murid-murid dan seterusnya bersalaman bersama semua murid dan guru. Acara seterusnya ialah perarakan dengan kereta sambil Yang DiRaikan melambai kepada semua murid di sekitar sekolah dan acara memotong kek Hari Lahir di Kantin Sekolah serta jamuan untuk para guru.
Cantik bila diperhatikan majlis ini, tapi dalam hati dan minda terselit satu perasaan yang entah siapa pun tahu bagi setiap orang. Sebelum meninggalkan majlis, saya mengambil peluang yang terakhir untuk bertemu dengan Insan Yang DiRaikan iaitu Guru Besar Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar, menyatakan apa yang tersirat dalam hati saya dan tidak terluah selama saya berada di sekolah ini. Segarang-garang orangnya, semuanya hanyalah untuk kebaikan. Dan segala tegurannya menjadikan saya lebih prihatin, fokus dan yakin dalam bekerja. Harapannya supaya saya kembali walafiat, tabah dalam menghadapi ujian dari Allah swt serta rajin berdoa. Beliau juga berharap saya akan menjadi seorang pendidik yang cemerlang dan gemilang satu hari nanti. Sesungguhnya dia adalah antara majikan terbaik yang pernah saya jumpa dan memahami keadaan diri saya serta seorang Ibu angkat yang juga terbaik untuk saya. Walaupun tidak lagi menjadi Guru Besar, segala pesanannya sebagai seorang Ibu yang diberikan khas untuk saya pasti akan saya ingat selamanya..Terima Kasih Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar..hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa dan budi baik Puan..dan semoga Puan dan keluarga sentiasa dirahmati Allah swt selamanya di dunia dan di akhirat..aminnn.
Berikut saya kongsikan beberapa gambar untuk tontonan semua.. :(
Perarakan bermula dengan pasukan kompang sekolah
Ditaburi bunga rampai
Di Dewan Karisma murid dan guru berkumpul
Ustaz Mohd Rusydii membacakan doa
Wakil murid memberikan ucapan
Pengerusi BKGS memberikan ucapan
Yang DiRaikan menyampaikan sepatah dua kata
Deklamasi sajak oleh Uztaz Nawawi
Nyanyian dari Encik Khairul Rijal
Persembahan dari Cikgu Adli Aswad
Memotong kek hari lahir bersama semua Guru Penolong Kanan
Wakil murid memberikan cenderahati
Wakil guru memberikan hadiah
Hadiah istimewa dari Guru Penolong Kanan dan Bekas Guru Penolong Kanan
Murid dan guru bersalaman
Lambaian kasih kepada semua murid sekolah
Permintaan beberapa guru yang nak sangat bergambar..hahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...