Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
ok..saya kisahkan sedikit majlis yang telah saya hadiri pada hari Khamis malam
12 Februari 2015 yang lalu di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh Dato Seri Najib Bin Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Majlis Sambutan Ulangtahun ke-15 Yayasan Pendidikan Cheras dan Anugerah Guru Bestari untuk 2015 sebuah majlis yang memberikan pengiktirafan kepada para pendidik di atas sumbang bakti mereka mendidik anak-anak Malaysia di setiap pelusuk negara dari pelbagai bangsa, kaum dan agama. Alhamdulillah, antara guru yang dipilih untuk menerima anugerah ini adalah dari sekolah saya sendiri iaitu SK Taman Segar. Selepas penganugerahan kepada para pendidik yang terbaik, majlis dipercepatkan untuk bersurai setelah Perdana Menteri Malaysia menerima berita sedih perginya seorang ulama negara iaitu Tuan Haji Nik Aziz Nik Mat, mantan Menteri Besar Negeri Kelantan semasa Perdana Menteri sedang berucap. Perdana Menteri mengetuai para hadirin pada malam tersebut untuk bacaan Al-Fatihah. Walaupun berlainan ideologi, namun sifat hormat-menghormati perlu ada dalam segenap hati manusia yang diciptakan Allah swt.
Sedikit gambar saya kongsikan bersama anda semua pada malam tersebut.
 |
| Wakil dari SK Taman Segar |
 |
| Ucapan dari Perdana Menteri - Dato Seri Najib Tun Razak |
 |
| Anugerah Pembangunan Pendidikan kepada salah seorang guru SK Taman Segar iaitu Ustaz Suhaimi |
 |
| Anugerah Guru Bestari untuk SK Taman Segar |
 |
| Antara menu yang dihidangkan...Alhamdulillah |
 |
| SK TAMAN SEGAR |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan