Ahad, 22 Februari 2015

Kembali ke Kuala Lumpur

Assalamulaikum dan selamat sejahtera.
Hai semua sahabat..yup, penat perjalanan pulang saya kembali ke Kuala Lumpur harini. 
Dari jam 12 tengahari hingga 8.30 malam baru sampai Kuala Lumpur disebabkan jalan yang begitu sesak dan hentian yang amat penuh. Biasalah, esok ramai yang nak bekerja dan bersekolah. Alhamdulillah, saya masih lagi bercuti esok..terbaikkkkk!!!
Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur harini, banyak perkara yang saya fikirkan tentang perkara-perkara yang telah saya lakukan sebelum ini dalam kehidupan hingga menimbulkan prasangka positif dan negatif orang terhadap diri saya. Terima kasih kepada beberapa sahabat yang sentiasa memberikan pendapat dan pandangan jujur dan amanah atas pertanyaan tentang kehidupan saya..terima kasih, hanya Allah swt saja yang dapat membalas segala jasa dan budi baik sahabat semua dalam memastikan saya dapat memperbaiki diri. Saya doakan setiap masa sahabat semua dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan bersama keluarga di dunia dan akhirat...aminnn.
Dalam perjalanan balik ke KL tadi, terfikir akan keadaan saya yang tak berapa sihat pagi tadi di Ipoh sebelum sempat saya makan ubat hingga menyebabkan family saya agak susah hati jugak pagi tadi, teringat jugak mimpi malam semalam yang membawa satu perasaan sedih dalam diri sepanjang harini dimana saya dimarahi dengan teruknya oleh seorang yang saya anggap sebagai ketua yang biasa dengan saya walaupun mimpi itu hanyalah sekadar mainan tidur serta masih ternampak-nampak di mata dan minda saya akan ayat-ayat yang mengguris hati saya semasa saya sedang melalui Jalan ke Lumut - Pulau Pangkor hingga menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dari menyatakan apa-apa hingga ke saat ini. Mungkin inilah yang diharapkan.
Terfikir di minda beberapa perkara ini...
-Adakah setiap bahasa yang saya gunakan bersama sahabat dalam percakapan seharian, penggunaan media sosial adalah kurang baik atau tidak bersopan? 
-Adakah gurauan saya langsung tidak menjaga perasaan orang lain atau hanya mementingkan diri sendiri sahaja?
-Atau adakah tingkah laku dan sikap saya selama ini dilihat oleh orang lain x ubah seperti menyakitkan hati atau bertindak kurang ajar?
Lama saya terfikir hal ini, hingga termenung saya di jendela kereta dan menitis airmata pun iyer jugak..saya tak tahu apa sebenar yang menimpa diri saya..
Dengan jalan di highway yang begitu sesak dan setiap kereta bergerak terlalu perlahan, tak ubah seperti memberi masa kepada saya memikirkan semula apa yang berlaku pada diri saya dalam cuti sekolah ini.........entah lah.
Ok lah, sedikit gambar untuk tontonan semua harini ok..

Sabtu, 21 Februari 2015

Balik ke kampungku di Kampung Bali, Tronoh Perak.

Assalamualaikum dan selamat pagi,
Dah pagi dah saya menulis Blog ni..
cuma nak kisahkan yang saya balik kampung semalam.
Penuh dengan bunyi mercun sana sini..seronok mendengarnya. 
Nampak tanglung terbang di waktu malam..cantik jer dilihat.
Waktu siang tu, anak-anak buah main sepak takraw..apa lagi..amik gambar sket lah..
 inilah kampung saya yang tercinta...
  
 

Rabu - 18 Februari 2015 - Penjelajahan ke Taman Rekreasi Gunung Lang di Ipoh, Perak

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Bila dah cuti, maka lambatlah sikit nak updatekan Blog..almaklumlah..cutiiiiiii..cuti kan penuh dengan pelbagai aktiviti dan program..hehe.
Ok, sebenarnya pagi Rabu bersamaan dengan 18 Februari 2015 tu saya dan family dah sampai Ipoh kerana kami bertolak pada jam 9.30 malam pada hari Selasa 17 Februari 2015 tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. 
Alhamdulillah..jalan tak sesak, tapi mata pulak yang sesak sangat-sangat sebab mengantuk. Maka, kerap jugak lah kami berhenti untuk berehat. Walaupun highway tak sesak, namun di hentian seperti Tapah boleh dilihat kereta yang berhenti sangat penuh.
 Bagi menghilangkan rasa mengantuk dalam perjalanan balik ke rumah saya di Ipoh, macam-macam cara lah yang dibuat seperti berhenti rehat dan tido seketika..singgah membeli air di Petronas dan sempat jugak lah saya berTelegram dengan rakan-rakan yang masih belum tido walaupun jam dah menunjukkan kul 1 pagi..hehehe..terima kasih yer sahabat semua. Dan akhirnya jam 3.30 pagi, sampai jugak ke rumah. Bentang tilam dan terus tido saja kerana mata pun tak dapat ditahan lagi.
Keesokkan harinya, saya dan family keluar makan. Selesai makan, kami menjelajah sebuah taman rekreasi yang langsung tak pernah saya lawati walaupun saya anak jati Perak. Namun itu adalah satu kebiasaan..orang luar dari negeri tersebut yang mempunyai keinginan untuk melawat negeri bukan kelahirannya.
Ada dasar kepatriotisme terhadap negeri sendiri dan pengaruh seorang sahabat yang membuatkan semangat saya berkobar-kobar melawat taman rekreasi yang diberi nama Taman Rekreasi Gunung Lang ini, akhirnya saya dan family datang juga menjelajah ke taman ini pada hari tersebut. 
Tercabar jugaklah hati ini kerana saya anak jati negeri Perak sendiri tidak pernah melawat ke taman rekreasi ini, sedangkan sahabat saya tu dah berkali-kali datang melawat ke taman tersebut..eksen jer dia coz dah banyak kali datang ke taman ni.
So, beberapa gambar saya uploadkan di sini ok..


Selasa, 17 Februari 2015

Perpindahan Cikgu Sheikh Ramli ke sekolah di Kuantan, Pahang Darul Makmur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Yup..esok bermulalah cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina.
Ucapan Selamat Tahun Baru Cina untuk semua sahabat 
saya yang meraikannya..semoga bergembira ok.
Ada sesetengah sekolah telah pun memulakan cuti perayaan mereka pada hari ini,
 tapiiiii cepat seharilah mereka akan memulakan persekolahan minggu depan..hehehe. 
Malam ni jika tiada sebarang halangan, saya dan keluarga akan bergerak pulang ke rumah saya di Ipoh, Perak. Semoga perjalanan kami selamat dan lancar...aminnn.
Ok lah, terdapat satu peristiwa yang telah berlaku di sekolah saya harini.
Harini satu lagi Acara Lambaian Kasih dari seorang guru SK Taman Segar yang akan berpindah ke Kuantan, Pahang Darul Makmur iaitu Cikgu Sheikh Ramli. Majlis dimulakan selepas rehat Tahap 2 pada jam 10.50 pagi. Ucapan dari Tuan Guru Besar yang baru memulakan acara dan seterusnya ucapan dari Guru Yang DiRaikan. Agak sebak mendengar ucapan dari Guru Yang DiRaikan setelah 10 tahun lamanya beliau bertugas di SK Taman Segar. Beliau merupakan antara guru yang amat tegas serta arahannya sentiasa dituruti oleh setiap murid. Alhamdulillah..semoga Cikgu Sheikh dapat meneruskan khidmatnya di sekolah baru dengan lebih cemerlang dan hebat. Berikut merupakan sedikit gambar yang sempat diambil dalam Acara Lambaian Kasih Cikgu Sheikh pagi tadi..ok.
Jamuan makan dalam Bilik Guru untuk Guru Yang DiRaikan
Antara makanan yang dihidangkan..sedapppppp!!!
Wakil dari BKGS..Cikgu Besi
Guru Besar memperikan ucapan
Cikgu Sheikh. - Guru Yang Diraikan memberikan ucapan
Guru Besar menyampaikan cenderahati
Cenderahati dari wakil murid
Persembahan nyanyian khas untuk Yang DiRaikan
Acara bersalaman dengan murid dan guru bersama Guru Yang DiRaikan
Keluarga Guru Yang DiRaikan
Bersama semua guru-guru lelaki SK Taman Segar
Lembaga Disiplin SK Taman Segar

Ahad, 15 Februari 2015

Sabtu - 14 Februari 2015 - Kepulangan Wira dan Wirawati PLKN Sesi 1/ 2015 di ZETRO Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan selamat petang..hihihi.
Dah petang dah pun, tapi fokus tetap fokus..mesti siapkan yang terakhir ni.
Ok sedikit kisah tentang Kepulangan Wira dan Wirawati PLKN Sesi 1/2015 pada hari Sabtu semalam. Alhamdulillah..selamat smpai ke ZETRO, Wangsa Maju semalam. 
Akhirnya sampai jugak anak buah yang saya sayangi setelah 3 bulan ke Tawau, Sabah menjalani latihan PLKN di sana. Sedikit gambar untuk tontonan semua ok..
Tiba di ZETRO, Wangsa Maju setelah 3 bulan menjalani latihan PLKN
Melaporkan diri
Bertemu dengan ahli keluarga
Best lah tu..rasanya makin macho dan tinggi lagi..hihi

Jumaat - 13 Februari 2015 - Majlis Persaraan Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar - Guru Besar SK Taman Segar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Harini dan semalam memang fokus giler saya update Blog ni..hehehe.
Ok, hari Jumaat kelmarin seorang lagi pendidik berkaliber sekolah saya telah bersara dan mengakhiri zaman pekerjaannya iaitu Guru Besar sekolah saya sendiri - Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar. Majlis Lambaian Kasih pada hari Jumaat yang lepas disertai dengan semua warga SKTS termasuk lah murid-murid sekolah.
Majlis telah dimulakan pada jam 9.45 pagi selepas semua murid berehat lebih awal dari kebiasaannya. Para guru dan murid berkumpul di Dewan Karisma dan setelah semuanya siap sedia, pasukan kompang yang terlatih hanya menunggu ketibaan Puan Guru Besar untuk memainkan kompang dan berarak masuk bersama Puan Guru Besar ke dalam Dewan Karisma sambil diiringi oleh para guru yang bertugas menaburkan bunga rampai. 
Bacaan doa dimulakan oleh Ustaz Mohd Rusydii Bin Samsuddin dan seterusnya ucapan wakil murid, ucapan Pengerusi BKGS dan seterusnya ucapan daripada Yang DiRaikan iaitu Guru Besar SK Taman Segar - Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar.
Seterusnya pula adalah persembahan daripada guru dan kakitangan sekolah. Deklamasi sajak oleh Ustaz Nawawi Bin Mohd Noor, nyanyian dari Pegawai Teknik Komputer, Encik Khairul Rijal Bin Mohamad dan nyanyian dari Guru Muzik terbaik sekolah iaitu Cikgu Muhammad Adli Aswad Bin Yusoff. Dari tepi pentas, saya hanya memerhatikan segala persembahan dan raut wajah insan Yang DiRaikan, ternyata beliau menahan sebak untuk meninggalkan sekolah yang lama didiaminya ini. Kemudiannya pula ialah penyampaian cenderahati dari guru, wakil BKGS, murid-murid dan seterusnya bersalaman bersama semua murid dan guru. Acara seterusnya ialah perarakan dengan kereta sambil Yang DiRaikan melambai kepada semua murid di sekitar sekolah dan acara memotong kek Hari Lahir di Kantin Sekolah serta jamuan untuk para guru.
Cantik bila diperhatikan majlis ini, tapi dalam hati dan minda terselit satu perasaan yang entah siapa pun tahu bagi setiap orang. Sebelum meninggalkan majlis, saya mengambil peluang yang terakhir untuk bertemu dengan Insan Yang DiRaikan iaitu Guru Besar Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar, menyatakan apa yang tersirat dalam hati saya dan tidak terluah selama saya berada di sekolah ini. Segarang-garang orangnya, semuanya hanyalah untuk kebaikan. Dan segala tegurannya menjadikan saya lebih prihatin, fokus dan yakin dalam bekerja. Harapannya supaya saya kembali walafiat, tabah dalam menghadapi ujian dari Allah swt serta rajin berdoa. Beliau juga berharap saya akan menjadi seorang pendidik yang cemerlang dan gemilang satu hari nanti. Sesungguhnya dia adalah antara majikan terbaik yang pernah saya jumpa dan memahami keadaan diri saya serta seorang Ibu angkat yang juga terbaik untuk saya. Walaupun tidak lagi menjadi Guru Besar, segala pesanannya sebagai seorang Ibu yang diberikan khas untuk saya pasti akan saya ingat selamanya..Terima Kasih Puan Hajah Saminyah Binti Haji Kamar..hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa dan budi baik Puan..dan semoga Puan dan keluarga sentiasa dirahmati Allah swt selamanya di dunia dan di akhirat..aminnn.
Berikut saya kongsikan beberapa gambar untuk tontonan semua.. :(
Perarakan bermula dengan pasukan kompang sekolah
Ditaburi bunga rampai
Di Dewan Karisma murid dan guru berkumpul
Ustaz Mohd Rusydii membacakan doa
Wakil murid memberikan ucapan
Pengerusi BKGS memberikan ucapan
Yang DiRaikan menyampaikan sepatah dua kata
Deklamasi sajak oleh Uztaz Nawawi
Nyanyian dari Encik Khairul Rijal
Persembahan dari Cikgu Adli Aswad
Memotong kek hari lahir bersama semua Guru Penolong Kanan
Wakil murid memberikan cenderahati
Wakil guru memberikan hadiah
Hadiah istimewa dari Guru Penolong Kanan dan Bekas Guru Penolong Kanan
Murid dan guru bersalaman
Lambaian kasih kepada semua murid sekolah
Permintaan beberapa guru yang nak sangat bergambar..hahahaha

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...