Isnin, 6 Januari 2020

Perhimpunan Rasmi Pertama di Dataran Minda sesi 2020


Assalamulaikum dan salam sejahtera semua..
 Dah jam berapa dah sekarang? perghhhh..2.19 pagi? Nape tak tido lagi? hahaha..esok cuti bah. Boleh tido lambat..lepas subuh nanti tido lah balik. Hujung-hujung minggu ni jer masa untuk rileks dan lakukan apa yang kite nak. Monday to Friday..busy dengan kerja lah. So, rileks ok. 
Apa citer? Ooooo..sedikit perkongsian citer tentang sekolah saya yang memulakan Perhimpunan Rasminya yang pertama di Dataran Minda dengan nyanyian lagu Negaraku beserta Jalur Gemilang dinaikkan. 
Generasi kecil sekarang agaknya mungkin jarang dapat melihat situasi sebegini dan untuk sesi 2020, para pentadbir telah bersetuju untuk mengadakan Perhimpunan Rasmi di Dataran Minda menaikkan Jalur Gemilang semasa nyanyian Lagu Negaruku dinyanyikan. Barulah murid lebih patriotik dan hormat akan Jalur Gemilang dan faham akan konsep bahawa Jalur Gemilang itu  bukan sekadar kain biasa-biasa sahaja, tetapi melambangkan identiti dan penghormatan kepada negara yang tercinta.
Alhamdulillah semuanya telah dijalankan dengan begitu sempurna dan untuk kali pertamanya perhimpunan di adakan di Dataran Minda, maka guru bertugas telah memastikan segalanya dalam keadaan bersedia dan aturan barisan murid mengikut aliran sentiasa tersusun. 
Kali terakhir saya melihat Jalur Gemilang dinaikkan sambil berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku ialah semasa berada di sekolah pertama saya bertugas iaitu SK Tatau, Bintulu Sarawak. Setiap kali alunan lagu Negaraku dan lagu Negeri Sarawak berkumandang, saya yakin pasti satu hari nanti saya akan berkhidmat di Tanah Semenanjung pula. Dan diharapkan satu masa nanti jika panjang umur, saya mampu berkhidmat di negeri kelahiran atau sekolah saya menuntut ilmu satu masa dahulu..Amin.
Sedikit tatapan untuk semua, beberapa gambar yang diambil semasa Perhimpunan Rasmi Pertama di Dataran Minda bagi sesi 2020. Murid yang tak biasa melihat bendera dinaikkan mungkin mungkin berlakunya kejutan budaya..tapi inilah yang kami lakukan sejak merdeka lagi. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...