Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Yeahhh..welcome back to school setelah lama bercuti kepada semua murid-murid seluruh Malaysia. Masing-masing dah meningkat umur menjadi setahun lebih tua..Alhamdulillah. Moga cerah sket minda di tahun baru ni yer untuk menimba pelajaran daripada para guru..Amiin.
Ok, memandangkan Hari Pertama persekolahan bagi sesi 2020 kali ini telah jatuh pada 2 Januari 2020 bersamaan Hari Selasa, maka perhimpunan pada minggu pertama ini telah diadakan di Dewan Karisma, SK Taman Segar Cheras.
Kerinduan para guru untuk melihat murid yang hampir sebulan bercuti terubat juga akhirnya. Setiap murid telah siap sedia ditempatkan ke kelas masing-masing berdasarkan kelas yang sama pada tahun lepas. Tiada apa yang berubah, cuma ada guru yang masih mengajar murid yang sama dan sebaliknya.
Bagi saya, tahun ni saya telah ditugaskan untuk mengajar subjek major saya iaitu Sejarah bagi kesemua kelas Tahun 5, Bahasa Melayu bagi kelas 1 Cendekiawan, Pendidikan Seni bagi kelas 3 Cendikiawan, Pendidikan Jasmani bagi keseluruhan Tahun 4 dan 2 kelas tahun 5 dan 2 kelas Pendidikan Kesihatan bagi kelas tahun 4.
Saya tidak lagi mengajar Pendidikan Moral malah telah ditukar dengan subjek Pendidikan Seni dan Bahasa Melayu. Mencabar? Yess of coz..mengajar Bahasa Melayu bagi murid Tahun 1 amatlah mencabar. Dan bagi mata pelajaran Seni, hobi melukis saya akan dimulakan kembali..agar dapat mengasah bakat yang telah lama saya tinggalkan sekian lamanya satu masa dahulu. Semoga 2020, membawa sinar lebih baik untuk kehidupan saya..Amiin.















Tiada ulasan:
Catat Ulasan