Assalamulaikum dan selamat sejahtera..
Majlis bacaan yasin pertama bagi sesi 2020 melibatkan semua
murid dari tahun 1 hingga tahun 6 berjaya dilaksanakan..Alhamdulillah.
Tahniah kepada Panitia Agama Islam atas program yang bakal berlangsung setiap minggu ini, dan buat pertama kalinya dilaksanakan dalam keadaan yang sangat teratur.
murid-murid bukan Islam dikawal oleh semua guru bukan Islam semasa Majlis Bacaan Yassin ini dilaksanakan.
Semoga Majlis Bacaan Yassin ini dapat diteruskan dan dijadikan antara aktiviti wajib yang melibatkan seluruh warga SK Taman Segar.
Sedikit gambar dari rakan sekerja yang sempat mengambil gambar majlis ini. Memandangkan ini adalah Program di bawah Panitia masing-masing, saya tidak boleh secara langsung terlibat untuk mengambil gambar akan apa yang sedang dijalankan.
Tahniah buat semua warga SK Taman Segar atas penganjuran majlis ini.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan