Rabu, 22 Januari 2020

program Mentor Mentee sesi 2020 kembali semula..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
kalo awal-awal saya posting ke sekolah ni dulu, Program Mentor Mentee ni hanya dilaksanakan khas untuk murid Tahun 6 kalo tak silap saya di mana seorang guru akan menerima seorang murid sebagai anak angkat. Guru akan memantau anak angkat masing-masing jika menghadapi sebarang masalah dalam pelajaran  dan kemudian ia telah berubah kepada Program Mentor Mentee dimana para guru kelas dan pembantu guru kelas bertanggungjawab terhadap keseluruhan kelas mereka. 
untuk sesi 2020 kali ini, setiap guru kelas bersama guru pembantu akan memikul tanggungjawab sabagai mentor kepada semua murid di dalam kelasnya. Guru akan memantau segala masalah yang dihadapi murid dan murid dikehendaki berkongsi sebarang masalah berkaitan pelajaran dengan para guru Kelas atau Pembantu Guru Kelas masing-masing. Beberapa detik semasa Penyerahan Fail Mentor Mentee kepada Guru Kelas dan Pembantu Guru Kelas. 





























 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...