Salam semua..jom kita bicarakan tentang tajuk ketidakpuasan hati.
Ketidakpuasan hati adalah satu perasaan yang sukar dibendung oleh manusia. Ia akan terjadi dalam apa jua keadaan, situasi dan pelbagai waktu. Apabila ketidakpuasan hati berlaku, jalan terbaik untuk melegakannya ialah berdoa, beribadah, mengadu kepada Allah swt, meluahkan ketidakpuasan hati tersebut kepada keluarga mahupun sahabat yang dipercayai.
Dari konteks sahabat, tidak semua sahabat mampu mendengar setiap masalah kita kerana masing2 ada kehidupan tersendiri. Dan ada kalanya kite perlu bercakap dengan orang lain bagi meluahkan ketidakpuasan hati kita. Jika berkaitan hati dan perasan, bagi wanita..jalan mudah baginya ialah mencari seorang sahabat wanita yang memahami perasaan malah mampu mendengar luahan dan menyimpan rahsia dirinya. Begitu juga lelaki, lelaki lebih senang berkongsi setiap masalah mereka dengan sahabat lelaki mereka. Maka di sini, saya tidak nampak dimana kesilapan bg mereka yg mengadu ketidakpuasan hati terhadap sahabat2 yg sama jantina..becoz woman know what woman feels and man know what other man feels.
Bukan bertujuan untuk mengumpat di belakang..tapi sebagai wanita, saya lebih senang menceritakan masalah peribadi saya dan meluahkan ketidakpuasan hati saya kepada seorang wanita. Adakah
saya sebagai wanita mampu menceritakan masalah hati dan perasaan saya
kepada sahabat lelaki? saya juga tidak berani menyatakan ketidakpuasan
hati saya tentang beliau...kerana rasa sayang saya sebagai sahabat terlalu
mendalam walaupun terhadap sahabat wanita. Tidak semua orang berani melakukannya...termasuk saya. Sekian
hujah saya buat masa ini. Ketahuilah bahawa maksud kawan dan sahabat itu
adalah berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan