Sabtu, 18 September 2021

CEMBURU

CEMBURU

Salam semua...jom kite bincangkan tentang tajuk ini dengan lebih meluas iaitu cemburu dalam konteks persahabatan dan pendidikan.

Cemburu itu luas pengertiannya. Sy x pernah kata bahawa tanpa sy sesuatu perkara itu tidak akan  bergerak kemana2, kerana tiada apa yg saya bantu pun, cuma mencari permata kecil dan sy hadiahkan agar permata ini cemerlang dan berjaya. Melihat kejayaan anak murid dan sahabat baik sendiri adalah sesuatu yg menggembirakan hati sy. 0.0001% sumbangan daripada saya yang tak perlu diungkit. 

Bila seorang demi seorang menyatakan my fav is...my fav is...my fav is the same person i always hear, of coz i will be in jelously condition. Tapi rasa cemburu tu jika dilihat memang pada awalnya ada unsur negatif, sedangkan ia merupakan cabaran kepada diri saya sendiri untuk menjadi yang terbaik sama seperti yg disebut menjadi fav kepada org lain. Mungkin ada yang melihat saya tak ubah seperti nk putar ayat, tp wassup mempunyai sejuta nada dan intonasi, begitu juga dengan apa saja yang ditulis dalam Facebook, Instagram, Telegram kerana tiada suara yang diperdengarkan. Pemahaman ayat saya selama ni, rupernya diambil bulat-bulat sebagai pandangan negatif...Allahuakbar..pliss lah bangun dari tidur. 

Bagi saya tanpa cemburu dan cabaran tu...saya tidak akan sanggup merempuh dan mencuba segala perkara yang saya sendiri tak penah dengar. Kalau sy cemburu tahap negatif, jangan kata nak bekerjasama..apa-apa perkara yang berkaitan pun tidak akan saya hulurkan . 

Buka minda seluasnya. Dan jangan riso, akhirat nanti saya tak akan claim apa2 pun kerana tiada ape pun yang telah saya laksanakan. Maka pengajarannya di sini ialah, jangan dengar cerita dari sebelah pihak, tapi telitilah kisah dan penjelasan dari kedua-dua pihak menggunakan akal, minda dan bukan emosi anda. 

*pengalaman cemburu ni pernah berlaku pada saya semasa kecil, melihat abangg menang dalam banyak pertandingan sejarah..saya cemburu..jeles sangat2 kepada abang hingga saya berazam untuk menjadi sebijak beliau dalam subjek sejarah dan hasilnya harini saya telah menjadi seorang guru sejarah...so, salahkah perasaan cemburu itu????? tepuk dada, tanya selera...hentak kepala, rasakan sakitnya.

Sekian, kali ini..wassalam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...