Sabtu, 18 September 2021

KETIDAKPUASAN HATI

 Salam semua..jom kita bicarakan tentang tajuk ketidakpuasan hati.

Ketidakpuasan hati adalah satu perasaan yang sukar dibendung oleh manusia. Ia akan terjadi dalam apa jua keadaan, situasi dan pelbagai waktu. Apabila ketidakpuasan hati berlaku, jalan terbaik untuk melegakannya ialah berdoa, beribadah, mengadu kepada Allah swt, meluahkan ketidakpuasan hati tersebut kepada keluarga mahupun sahabat yang dipercayai. 
 
Dari konteks sahabat, tidak semua sahabat mampu mendengar setiap masalah kita kerana masing2 ada kehidupan tersendiri. Dan ada kalanya kite perlu bercakap dengan orang lain bagi meluahkan ketidakpuasan hati kita. Jika berkaitan hati dan perasan, bagi wanita..jalan mudah baginya ialah mencari seorang sahabat wanita yang memahami perasaan malah mampu mendengar luahan dan menyimpan rahsia dirinya. Begitu juga lelaki, lelaki lebih senang berkongsi setiap masalah mereka dengan sahabat lelaki mereka. Maka di sini, saya tidak nampak dimana kesilapan bg mereka yg mengadu ketidakpuasan hati terhadap sahabat2 yg sama jantina..becoz woman know what woman feels and man know what other man feels. 
 
Bukan bertujuan untuk mengumpat di belakang..tapi sebagai wanita, saya lebih senang menceritakan masalah peribadi saya dan meluahkan ketidakpuasan hati saya kepada seorang wanita. Adakah saya sebagai wanita mampu menceritakan masalah hati dan perasaan saya kepada sahabat lelaki? saya juga tidak berani menyatakan ketidakpuasan hati saya tentang beliau...kerana rasa sayang saya sebagai sahabat terlalu mendalam walaupun terhadap sahabat wanita. Tidak semua orang berani melakukannya...termasuk saya. Sekian hujah saya buat masa ini. Ketahuilah bahawa maksud kawan dan sahabat itu adalah berbeza.

CEMBURU

CEMBURU

Salam semua...jom kite bincangkan tentang tajuk ini dengan lebih meluas iaitu cemburu dalam konteks persahabatan dan pendidikan.

Cemburu itu luas pengertiannya. Sy x pernah kata bahawa tanpa sy sesuatu perkara itu tidak akan  bergerak kemana2, kerana tiada apa yg saya bantu pun, cuma mencari permata kecil dan sy hadiahkan agar permata ini cemerlang dan berjaya. Melihat kejayaan anak murid dan sahabat baik sendiri adalah sesuatu yg menggembirakan hati sy. 0.0001% sumbangan daripada saya yang tak perlu diungkit. 

Bila seorang demi seorang menyatakan my fav is...my fav is...my fav is the same person i always hear, of coz i will be in jelously condition. Tapi rasa cemburu tu jika dilihat memang pada awalnya ada unsur negatif, sedangkan ia merupakan cabaran kepada diri saya sendiri untuk menjadi yang terbaik sama seperti yg disebut menjadi fav kepada org lain. Mungkin ada yang melihat saya tak ubah seperti nk putar ayat, tp wassup mempunyai sejuta nada dan intonasi, begitu juga dengan apa saja yang ditulis dalam Facebook, Instagram, Telegram kerana tiada suara yang diperdengarkan. Pemahaman ayat saya selama ni, rupernya diambil bulat-bulat sebagai pandangan negatif...Allahuakbar..pliss lah bangun dari tidur. 

Bagi saya tanpa cemburu dan cabaran tu...saya tidak akan sanggup merempuh dan mencuba segala perkara yang saya sendiri tak penah dengar. Kalau sy cemburu tahap negatif, jangan kata nak bekerjasama..apa-apa perkara yang berkaitan pun tidak akan saya hulurkan . 

Buka minda seluasnya. Dan jangan riso, akhirat nanti saya tak akan claim apa2 pun kerana tiada ape pun yang telah saya laksanakan. Maka pengajarannya di sini ialah, jangan dengar cerita dari sebelah pihak, tapi telitilah kisah dan penjelasan dari kedua-dua pihak menggunakan akal, minda dan bukan emosi anda. 

*pengalaman cemburu ni pernah berlaku pada saya semasa kecil, melihat abangg menang dalam banyak pertandingan sejarah..saya cemburu..jeles sangat2 kepada abang hingga saya berazam untuk menjadi sebijak beliau dalam subjek sejarah dan hasilnya harini saya telah menjadi seorang guru sejarah...so, salahkah perasaan cemburu itu????? tepuk dada, tanya selera...hentak kepala, rasakan sakitnya.

Sekian, kali ini..wassalam 

KENALI SAHABAT

Salam semua...yup harini kite sembang2 sket tentang tajuk kenali sahabat.

 Jom kite kenali sahabat baik kite sendiri sebelum menilai org lain. Adakah sahabat baik anda pernah bercakap buruk ttg anda atau tidak? dan bagaimana saya menangani situasi itu? adakah saya menyebarkannya? Sekiranya anda memburukkan sahabat baik saya atau org lain, saya tidak jugak menyebarkan kepada sahabat baik saya atau orang yang diburukkan tersebut agar api itu semakin marak. 

Be profesional and fikirkan secara logik kesan dan akibat...penjelasan dari sebelah telinga saja tidak membawa ke arah yang baik, tapi membawa ke arah runtuhnya sebuah ukhuwah dan terputusnya sebuah persahabatan yang telah kuat diikat dengan rapinya.

Siapa yangg menikam siapa sebenarnya? Siasat dengan lebih lanjut...sebelum keputusan dibuat. Orang yang lari dan menyorokkan diri terlebih awal itulah punca kepada segalanya dan berhati-hatilah dengan orang yang pandai menipu..we in the triangle situation. 

So, semoga anda masih boleh berfikiran waras bagi memastikan yang mana benar dan yang mana salah. Renung-renungkan dan salam buat semua.

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...