Khamis, 22 September 2016

Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil 3/2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Dah lama dah saya tak update Blog ni..almaklum lah busy sesangat..aduhaiiii..sabo jer lah, yang pastinya bila ada free time baru saya leh tulis sesuatu dalam Blog ni..ok!!
Alhamdulillah, tengahari tadi dah selesai meeting penting bagi saya iaitu Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil 3/2016. Seram sejuk gak sebelum meeting tu dijalankan coz dah guna format baru, yang mana para Ketua Panitia bukan lagi bertindak sebagai Pengerusi..so, entah apa nak dicakapkan dan apa laporan yang nak disampaikan pada Ahli Panitia lain pun tak tau ler. Format terkini yang menjadi Pengerusinya ialah Para Pentadbir seperti Guru Besar atau Guru Penolong Kanan yang kite jemput untuk menghadiri meeting ini. Oleh itu, segala yang dibincangkan dalam Mesyuarat Kurikulum akan diulang semula oleh Pihak Pentadbir dalam meeting panitia ni..kecuali lah apa yang dibincangkan dalam meeting kurikulum tu tidak langsung disentuh oleh Pihak Pentadbir dalam meeting panitia kali ni...haaaaa, penin kepala korang membaca apa yang ditulis ni..kih kih kih. Biarkan..biarkan..hehehe!!
Bila dilihat dari aspek betapa penting dan betapa wajibnya subjek Pendidikan Moral ni berbanding subjek-subjek teras yang lain, tak dapat dinafikan subjek Pendidikan Moral ni memang tak diperlukan sangat. Cuma...ia adalah satu subjek yang mendidik sikap setiap anak-anak. Kalau anak-anak yang beragama Islam, subjek Pendidikan Agama Islam itulah subjek yang paling penting yang mendidik anak-anak Islam kita. Moga subjek yang menerapkan nilai2 murni ini akan diteruskan..tetapi kenyataan tetap kenyataan bahawa saya berharap subjek ini tidak akan diajar oleh saya tetapi diajar oleh guru yang lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...