Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Perghhhh...dah berapa bulan Blog ni ditinggalkan yer?..busy giler lah katakan. Kalo FB tu leh gak jeling-jeling sikit sambil main handphone. Tapi kalo Blog ni tak boleh nak login selalu..sebabnya?..sebabnya kena betul-betul lah mengadap depan laptop atau komputer untuk taip segala macam perkara yang terjadi..hehehe.
Dah masuk bulan Februari dah pun sekarang ni. Jadual waktu pun dah berubah ke jadual waktu yang kedua. Banyak woooo kelas Sejarah yang saya kena handle dalam Jadual Waktu kedua ni. Tak dapat dinafikan memang pening. Satu..pening camner nak bagi budak-budak paham apa yang saya ajar. Dua..nak pastikan budak-budak berminat dan tak tidur dalam kelas masa saya mengajar. Tiga dan paling utama...untuk memastikan saya sentiasa sihat sepanjang masa semasa mengajar..so, tak lah ganggu pengajaran dan pembelajaran saya..hehe.
Ok..kelmarin baru jer sekolah saya mengadakan 1 program untuk murid Tahap 2. Alhamdulillah ia berjaya dilaksanakan walaupun agak serabut sikit bagi saya berbanding Merentas Desa yang telah dijalankan pada tahun lepas semasa Hari Sukan Malaysia 2016. Macam biasalah, sebagai Jurukamera, nak dapatkan gambar dari pelbagai aspek dan bahagian memang susah lah..tapi apa boleh buat, saya sendiri yang pilih hobi ni sejak kecil lagi..hahaha. Kejohanan Merentas Desa 2017 yang telah dijalankan pada hari Sabtu bersamaan 11 Februari 2017 pada jam 7.30 pagi yang lalu telah dimulakan dari Padang SK Taman Segar hinggalah ke Dewan Serbaguna DBKL Taman Segar dan kembali ke garisan penamatnya di Dataran Minda SK Taman Segar. Para pemenang dari No.1 hingga 8 yang sampai awal ke garisan penamat akan menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing dan diberikan hadiah pingat semasa upacara penyampaian hadiah.
Ok, sedikit gambar untuk tatapan semua berkaitan aktiviti yang telah dijalankan ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan