Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..lama betul aku x update Blog keramat ni. Biasalah..xde masa..tp Alhamdulillah Blog ni masih wujud.
X terlambat utk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2019 pada semua. Moga tahun yg akan datang ini lebih cerah dan bersinar serta kita semua diberkati Allah swt sepanjang masa.
Last Blog ni di update ialah Julai 2017, pastu terus senyap menyepi diatas beberapa sebab yang x dapat dielakkan..dah nama pun kehidupan..cabaran demi cabaran byk menempuh hidupku sepanjang aku x mengUpdatekan Blog ni. Ok, jom kita berbicara secara santai jer lah yer. Selalu tu aku bahasakan diriku dgn "saya" tapi kali ni digantikan dgn word "aku"..bukanlah sesuatu yang agak kasar bahasanya kan? Hehe..
2018 paling beerti bagi hidup aku kerana aku menjalani pembedahan tumor otak..dalam erti kata lain hidup aku lebih kurang 50-50. Dan selepas 8 bulan aku buat pembedahan, sakit yang aku alami dah xde lagi..Alhamdulillah dan terima kasih buat semua yang berdoa serta mengambil berat tentang hidupku.
Saja nk kongsi dengan korang tentang harini dalam sejarah family aku lepas makan malam tadi. Kelakar dan sangat tersangatlah kelakar..bila 1 rumah dikejutkan dengan kehadiran tetamu yang tak diundang mengakibatkan kelam kabut lari bertempiaran dan jerit mengalahkan sorakan orang tengok bola bila tetamu yg agak agak besar dan ganjil ni masuk ke rumahku. Dan bila aku search tetamu ini adalah antara tetamu yang hampir sukar ditemui pada zaman kini..hahahahaha. Akhirnya tetamu ini dipaksa juga keluar dari rumah aku. Perghhhhh..sikap x beradap lah family aku ni, boleh halau tetamu yg datang umah. Tapi bila ingat semula kronologi serta sejarah macam mana tetamu yg x diundang ni masuk dan mengganggu aku sekeluarga lari bertempiaran, lari kelakar...haaaaa..ni dia tetamu tu.
Aku ingat riang-riang tadi..tp riang-riang pasti akan buat bising..tp yg ni senyap plak..besar lah jugak. Belakang rumah aku hutan, maka segala macam benda boleh masuk kalau x tutup pintu dapur. Lawak betul lah situasi tadi..macam-macam gaya ada untuk elakkan diri dari dihinggapi oleh tetamu yang bernama BERKAS ni. Tapi dalam bahasa melayu kita, aku x tau lah plak orang panggil serangga ni apa. Yang pasti situasi tadi MENGGAMATKAN DAN KELAKAR!!!
Ok..ada masa aku update lg ok. Assalamualaikum semua
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
안녕하세요 annyeonghaseyo...
jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Kembali mengUpdate Blog ni..tapi tak banyak nak ditulis. Cuma rasa sedih bila dengar lagu na...
-
Dengan pelaksanaan PKP 3.0, proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan di alam maya menerusi kaedah PdPR. Ini meningkatkan penggunaan gaj...
-
RENCANA UTUSAN ONLINE ARKIB: 11 SEPT 2011 "SARJAN JAMIL, PAHLAWAN SEJATI" DATUK J.J RAJ *MINGGUAN: Apakah kaita...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan