Isnin, 7 Januari 2019

2018..Adakah aku terlalu lantang mengkritik?

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua..
Permulaan 2019 yg saya harapkan agak cerah dan bersinar namun menyeksa jiwa, hati dan minda saya akhirnya. Bagi saya, NO RESPOND MEANS NOTHING!!
Menyingkap kembali memori 2018, x dapat dinafikan saya banyak menyatakan idea, pendapat malah melontarkan kritikan serta pertanyaan sepanjang hari dan setiap masa kepada sesiapa saja, hingga ramai yg x larat nk membaca mesej saya yg panjang lebar kerana masing-masing sibuk bekerja..takpe saya paham keadaan dan tugas masing-masing dan bukan saya sorang saja yang menghantar mesej kepada anda semua. Begitu juga dgn kelewatan anda semua membaca mesej yg saya hantar bukanlah penyebab saya luntur dan lemah semangat dalam hidup. Saya faham tanggungjawab masing-masing.
Tapi bila semua mesej saya tidak lagi dibaca sejak bulan Disember lalu, mula timbul pertanyaan dalam diri dan pemikiran saya tentang sesuatu perkara bahawa orang biasa seperti saya tidak diperlukan dalam menyatakan sebarang idea, pendapat, mengkritik atau bertanya mengenai apa-apa sekalipun, menyebabkan semangat saya hilang entah kemana.
Saya imbas kembali kepada persoalan yang pernah saya fikirkan di zaman remaja dahulu..adakah akan berlakunya dimana dunia akan mendengar segala idea, pendapat, pertanyaan dan kritikan dari orang biasa kepada golongan atasan? dan ya, ia benar-benar terjadi..tapi hanya seketika saja.
Bagaimana kita ingin benar-benar berjaya, andai segala idea, pendapat, pertanyaan dan kritikan orang biasa TIDAK DIAMBIL PEDULI?
Ia umpama kehidupan yang lebih kepada Sistem Kasta iaitu taraf anda x sama dengan taraf saya dan siapa anda untuk mempertikaikan segala yang telah saya lakukan?..dan ia juga umpama ayat dalam filem Bujang Lapok,"kita ni orang ada-ada"..sangat berbeza dgn orang biasa atau hamba yang x boleh nyatakan apa saja. Memang saya xde hak untuk mengkritik sesiapa,tapi tanpa kritikan tersebut adakah kita tau masalah semua manusia?
Tempoh masa yang panjang ni memberikan saya juga tempoh untuk berfikir bahawa x semua orang yang lebih tua mampu menerima pendapat orang muda, dan yang muda perlu berhati-hati apabila mengkritik atau menyatakan pendapat pada orang yang lebih tua. Mungkin graduan kelulusan dari UUM seperti saya ni agak keras hati kot..haha. Namun 37 tahun sy ditanamkan dengan semangat ini, tidak sesekali dengan mudah ianya akan mati, malah anda akan berasa sesuatu "kehilangan" kerana semangat ini semakin lama semakin pudar ditelan masa jika dibiarkan begitu saja. Namun saya pasti anda akan katakan sebegini, ada berjuta lagi yang kuat semangat jika hilang satu saja. Namun, sekali lagi saya nyatakan..kehilangan akan melumpuhkan kepercayaan.
Terima kasih kepada yang memberi respond dan membaca setiap mesej-mesej saya. Lewat respond atau lambat baca x kisah, asalkan jangan x baca langsung. Maaf atas kesilapan kata dan kelantangan kritikan saya yang mungkin menyebabkan sesiapa yang membacanya amat terasa hati serta maaf juga sekali lagi, mungkin anda membaca mesej tersebut, tp MERAHSIAKANNYA..Wallahualam.
DUNIA BOLEH SENTIASA MENJADI GEMBIRA TAPI DI HATI,JIWA DAN MINDA HANYA ALLAH SWT SAJA YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG SAYA RASAKAN.
ASSALAMMUALAIKUM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...