Isnin, 28 Disember 2015

Hari Orientasi Tahun 1 dan PraSekolah 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Yups..Hari Orientasi untuk murid Tahun 1 dan PraSekolah telah bermula pada jam 7.30 pagi pada hari Isnin..28 Disember 2015 di SK Taman Segar dan berakhir pada jam 1.00 petang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua kakitangan dan warga SK Taman Segar. Program dimulakan dengan Ucapan aluan oleh Pengacara Majlis dan diikuti bacaan doa. Kemudian murid mengambil Ujian Saringan peringkat sekolah di kelas Tahun 1 dan dalam masa yang sama para Ibu Bapa berada di Dewan Karisma mengikuti Ucapan Guru Besar SK Taman Segar iaitu Encik Yaziz Yunus. Seterusnya dirasmikan oleh YDP PIBG SK Taman Segar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Taklimat dari Fasilinus iaitu Para Pegawai PPD Bangsar/Pudu dan Taklimat dari GPK Hal Ehwal Murid, iaitu Encik Mohd Izuddin Shah Abdullah. Majlis diteruskan dengan pendaftaran murid PraSekolah di Bilik Media dan murid Tahun 1 di Dewan Karisma oleh para Ibu Bapa kepada Guru Kelas anak masing-masing. Di sini Ibu Bapa akan membuat pembayaran Yuran dan penyerahan borang-borang akan dijalankan. Selesai sesi pendaftaran, Ibu Bapa akan mengambil Buku Teks di Bilik BOSS dan mengambil anak-anak di kelas Tahun 1. Begitu juga dengan murid Tahun 6 akan mengambil Buku Teks di Bilik yang sama.
Ermm..berdasarkan kerjasama antara semua warga SK Taman Segar, segalanya telah berjalan dengan lancar..Alhamdulillah dan segalanya Terbaikk!! 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...