Tarikh inilah antara 3 tarikh yang tidak tertahan rasanya airmata ini mengalir. Arwah Mak pergi meninggalkan kami sekeluarga di Subuh hari pada Raya Haji yang ke-3 di atas ribaku.
Menyingkap kembali semua kenangan bersama Arwah Mak, ingin rasanya diputarkan kembali masa yang telah berlalu dan dihentikan agar tarikh 22 Disember 2007 itu tidak akan tiba mengganggu hati dan jiwa ini. Melihat insan-insan lain yang masih mempunyai Ibu dan Ayah, sedih rasanya..tapi saya tahu bahawa semua manusia tetap akan mengadap PenciptaNya, Ya Allah..dan tidak terkecuali diri saya sendiri.
Arwah Mak adalah seorang yang kuat semangatnya. Seorang Mak yang langsung tak pernah takut dengan apa juga cabaran. Mengajar kami anak-anak supaya jangan takut dengan apa pun walaupun hantu..kecuali takut pada Allah swt. Hingga kini, 3 orang anak saudara saya iaitu cucu-cucunya masih merasakan Opah mereka adalah yang Terbaik dan Paling hebat di dunia..Alhamdulillah. Betapa manisnya hidup ini andai Mak masih ada hingga sekarang, tapi tak sanggup saya membiarkan Mak melihat keadaan yang berlaku pada diri saya kini..pasti akan lebih menyedihkan Mak.
Hari ini geanap 8 tahun pemergian Arwah Mak. Namun, bacaan doa dan sedekah ayat-ayat Al-Quran tetap dibaca setiap hari dan sebelum mata ini terlena...tidak pernah sesekali dilupakan. Tapi hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahui apa yang dilaksanakan oleh setiap hambaNya dan betapa rindunya saya serta adik-beradik terhadap Arwah Mak, Arwah Abah dan Arwah Along.
Moga insan-insan kesayangan saya dan adik beradik ini akan tenang di sisiMu, Ya Allah serta ditempatkan dikalangan hambaMu yang beriman. Ampunkan segala dosa mereka dan kurniakan segala banyak keberkatan untuk insan-insan yang kami sayang ini selamanya...Amiinn.
Sayang berjuta-juta sayang kami anak-anak kepada Arwah Mak, Arwah Abah dan kakak yang pertama iaitu Along selamanya..Al-Fatihah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan