Khamis, 31 Disember 2015

2016 - Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Esok akan bermulanya Tahun Baru 2016..dan bermakna akan bermulanya Jadual 2016 yang telah diberikan. Tanggungjawab dan tugas yang diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin selagi mampu..Insya Allah. Bila tengok semua gambar-gambar ni rasa tak sabar nak keje, tapi bila full of time keje mulalah rasa nak cuti aje..haha..biasalah kehidupan bekerja. Apa yang pasti moga tahun 2016 ni, azam saya untuk keje dengan lebih kuat dan bersemangat akan termakbul. Dan segala yang selalunya membuatkan semangat dalam diri ini mudah luntur akan dapat dibuang..Aamiin.
Azam untuk Tahun 2016..elakkan 6 penyakit di bawah :
Untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kita WAJIB atasi 6 masalah utama KULIT yang mesti dicegah iaitu :
1) KUDIS @ Kurang Disiplin
2) KURAP @ Kurang Rapi
3) KUPENG @ Kurang Pengetahuan
4) KUTEL @ Kurang Teliti
5) KUSTA @ Kurang Stamina
6) KUTU @ Kurang Tumpuan
Semuanya berpunca dari :-
1) KUMAN @ Kurang Iman
2) KULAT @ Kurang Solat


Persediaan sebelum Sesi Persekolahan 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Bermula 28 Disember 2015 ni, semua guru kelas sibuk membersih dan menceriakan kelas masing-masing..dan tak kurang juga dengan guru yang tidak memegang kelas tetap sibuk dengan tugas serta jawatan baru yang telah diamanahkan untuk sesi 2016 ni.
Kalau dilihat dari apa yang sedang dilakukan oleh para guru kelas..memang sesuatu yang amat-amat mengkagumkan..dengan mengecat dinding kelas mengikut warna-warna ceria..menceriakan papan kenyataan di belakang dan bahagian depan kelas..menyusun meja kerusi murid-murid untuk memastikan pada tahun 2016 ini akan terhasilnya Kelas-kelas Abad ke-21..perghhhhh..terbaik lah!!
Ok lah, saya pun tak tau nak taip apa lagi dalam Blog saya time tengah malam camni..cuma saya masukkan beberapa gambar sahabat-sahabat saya yang bertungkus-lumus menceriakan kelas agar Projek Kelas Abad ke-21 tercapai dan murid akan rasa seronok belajar dalam kelas yang ceria begini. 

Isnin, 28 Disember 2015

Hari Orientasi Tahun 1 dan PraSekolah 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Yups..Hari Orientasi untuk murid Tahun 1 dan PraSekolah telah bermula pada jam 7.30 pagi pada hari Isnin..28 Disember 2015 di SK Taman Segar dan berakhir pada jam 1.00 petang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua kakitangan dan warga SK Taman Segar. Program dimulakan dengan Ucapan aluan oleh Pengacara Majlis dan diikuti bacaan doa. Kemudian murid mengambil Ujian Saringan peringkat sekolah di kelas Tahun 1 dan dalam masa yang sama para Ibu Bapa berada di Dewan Karisma mengikuti Ucapan Guru Besar SK Taman Segar iaitu Encik Yaziz Yunus. Seterusnya dirasmikan oleh YDP PIBG SK Taman Segar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Taklimat dari Fasilinus iaitu Para Pegawai PPD Bangsar/Pudu dan Taklimat dari GPK Hal Ehwal Murid, iaitu Encik Mohd Izuddin Shah Abdullah. Majlis diteruskan dengan pendaftaran murid PraSekolah di Bilik Media dan murid Tahun 1 di Dewan Karisma oleh para Ibu Bapa kepada Guru Kelas anak masing-masing. Di sini Ibu Bapa akan membuat pembayaran Yuran dan penyerahan borang-borang akan dijalankan. Selesai sesi pendaftaran, Ibu Bapa akan mengambil Buku Teks di Bilik BOSS dan mengambil anak-anak di kelas Tahun 1. Begitu juga dengan murid Tahun 6 akan mengambil Buku Teks di Bilik yang sama.
Ermm..berdasarkan kerjasama antara semua warga SK Taman Segar, segalanya telah berjalan dengan lancar..Alhamdulillah dan segalanya Terbaikk!! 


Jumaat, 25 Disember 2015

Selamat Hari Krismas


Selamat Hari Krismas diucapkan kepada semua sahabat yang beragama Kristian dan anak-anak didikku yang meraikannya. Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai agama..kaum..dan perayaan tapi perpaduan adalah matlamat utama yang ingin kita kecapi sejak dahulu hingga selamanya. Diharapkan selamanya akan majulah Malaysiaku dengan perpaduan dan kerjasama teguh antara satu sama lain. Sekali lagi Selamat Hari Krismas bagi yang meraikannya..SALAM 1 MALAYSIA!!!
 

Khamis, 24 Disember 2015

Salam Maulidur Rasul 1437 H / 2015 M

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Salam Maulidur Rasul 1437 H diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia pada hari ini bersamaan 24 Disember 2015 Masihi dengan slogannya iaitu "Perpaduan Nadi Transformasi Negara". Maka, marilah kite bersatu-padu untuk kemajuan dan perubahan positif Malaysia yang kite cintai ini..seperti yang tertulis dalam Surah Ali' Imran, Ayat 103.."dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah swt dan janganlah kamu bercerai-berai".Moga segalanya usaha ke arah membentuk perpaduan dalam negara ini mencapai kejayaan dan diberkati Allah swt..amiinn ya rabbal alamin.

Rabu, 23 Disember 2015

Duit $1 Malaysia yang lama..


Salam semua...haaa, ni lah duit $1 Malaysia yang lama. Budak-budak kelahiran generasi sekarang confirm tak penah tengok kan kan? Alhamdulillah..adalah saya tersimpan sekeping duit $1 lama kite ni. Saja untuk tontonan umum, maka saya pun publishkan dalam Blog saya ni. Tapi ada yang berkenan ker? Dah jadi viral plak banyak website dan orang-orang yang nak beli duit lama Malaysia dengan harga berpuluh ribu..ntah betui atau tak pun tak tau ler. Ape pun saya perkenalkan kepada generasi kini duit $1 lama Malaysia sebelum adanya Ringgit Malaysia (RM)...ok 

Selasa, 22 Disember 2015

22 Disember 2007..jam 6.30 pagi..


Peristiwa yang tidak akan dilupakan selama-lamanya. 
Tarikh inilah antara 3 tarikh yang tidak tertahan rasanya airmata ini mengalir. Arwah Mak pergi meninggalkan kami sekeluarga di Subuh hari pada Raya Haji yang ke-3 di atas ribaku. 
Menyingkap kembali semua kenangan bersama Arwah Mak, ingin rasanya diputarkan kembali masa yang telah berlalu dan dihentikan agar tarikh 22 Disember 2007 itu tidak akan tiba mengganggu hati dan jiwa ini. Melihat insan-insan lain yang masih mempunyai Ibu dan Ayah, sedih rasanya..tapi saya tahu bahawa semua manusia tetap akan mengadap PenciptaNya, Ya Allah..dan tidak terkecuali diri saya sendiri.
Arwah Mak adalah seorang yang kuat semangatnya. Seorang Mak yang langsung tak pernah takut dengan apa juga cabaran. Mengajar kami anak-anak supaya jangan takut dengan apa pun walaupun hantu..kecuali takut pada Allah swt. Hingga kini, 3 orang anak saudara saya iaitu cucu-cucunya masih merasakan Opah mereka adalah yang Terbaik dan Paling hebat di dunia..Alhamdulillah. Betapa manisnya hidup ini andai Mak masih ada hingga sekarang, tapi tak sanggup saya membiarkan Mak melihat keadaan yang berlaku pada diri saya kini..pasti akan lebih menyedihkan Mak. 
Hari ini geanap 8 tahun pemergian Arwah Mak. Namun, bacaan doa dan sedekah ayat-ayat Al-Quran tetap dibaca setiap hari dan sebelum mata ini terlena...tidak pernah sesekali dilupakan. Tapi hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahui apa yang dilaksanakan oleh setiap hambaNya dan betapa rindunya saya serta adik-beradik terhadap Arwah Mak, Arwah Abah dan Arwah Along. 
Moga insan-insan kesayangan saya dan adik beradik ini akan tenang di sisiMu, Ya Allah serta ditempatkan dikalangan hambaMu yang beriman. Ampunkan segala dosa mereka dan kurniakan segala banyak keberkatan untuk insan-insan yang kami sayang ini selamanya...Amiinn. 
Sayang berjuta-juta sayang kami anak-anak kepada Arwah Mak, Arwah Abah dan kakak yang pertama iaitu Along selamanya..Al-Fatihah

Selasa, 8 Disember 2015

Sampai Tertido kat PUSPAKOM, Gopeng..huhuhu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Sorry..jarang dapat updatekan Blog..balik Ipoh rupernyer dah ada keghojer yang menanti..iaitu settlekan harta pusaka yang lom lagi disettlekan. Hanya tinggal beberapa step jer lagi agar segala urusan selesai..tapi silap lah plak..banyak dokumen tertinggal kat KL. Kalo tau lah surat-surat berkaitan harta pusaka dah diterima di Ipoh, kompem takde sebarang masalah yang berlaku..huhuhu. Ni nak kena tunggu dokumen geran tanah yang asal, ahli keluarga apply cuti, surat insuran kete dan sebagainya dibawak balik ke Ipoh dalam masa cuti ni baru boleh settlekan segalanya.
Kalo ikutkan memang dalam cuti ni nak rehatkan minda dengan ronda-ronda bersama family..tapi memandangkan banyak urusan dah timbul, maka perlulah diselesaikan terlebih dahulu sementara ada cuti ni sebelum saya tak boleh nak buat apa dah pada hujung bulan Disember dan bulan Januari 2016 nanti coz Doktor Pakar sakit saya dah bagitau Operation Tumor dalam otak ni akan dilakukan secepat yang mungkin. So, apa yang akan terjadi sekalipun, sebelum pikior nak jalan-jalan atau ronda-ronda, saya nak settlekan dulu dalam cuti ni semua pembahagian harta pusaka Arwah Mak dan Arwah Abah khas untuk Kakak, Abang dan Adik saya yang tersayang.
Untuk tukarkan kete Arwah Abah tu kepada Adik, kena g PUSPAKOM dulu..aduhaiiiiii..sampai tertido saya dan anak-anak sedara tunggu kete diperiksa..mana taknyer..3 jam tunggu diperiksakan..cian kat Adik, dia lagi penat minda dan penat duduk menunggu giliran kete yang berbaris banyak untuk diperiksa oleh PUSPAKOM. Dan akhirnya setelah LULUS dan selesai, perut lapar, bawak family g makan. Cian tengok muka masing-masing yang penat. Rancangan nak balik kampung terpaksa ditangguhkan untuk settlekan penukaran nama kete Arwah Abah kepada Adik.
So, awal-awal pagi sok kenalah ke JPJ untuk buat penukaran nama dan hak milik..mesti ramai gak orang macam di PUSPAKOM harini kan?..ermmm, itupun tak tau nak kata camner, sebab dokumen surat insuran kete tahun 2015 ada di KL. Kalo penukaran nama ini memerlukan dokumen surat insuran 2015, so, kena tunggu Kakak balik ke Ipoh bawak semua dokumen lah jawabnya untuk settlekan penukaran nama dan hak milik kete Arwah Abah kepada Adik..sabor jer lah yer..kalo tak sabor, mana nak selesai semua perkara dan mana mungkin kita akan mencapai segala kejayaan. Maka, sabor yer wahai diriku.
Cadangnya nak g buat rawatan kat Tapah dengan Ayah Cho saya dalam minggu ni, ntah lah camner..rasa masa tu terlalu cepat dan tak cukup untuk saya menyelesaikan segalanya dalam masa cuti ni. Tapi nak tak nak, perlu diselesaikan dalam masa cuti ni sebelum Operation Tumor saya dijalankan. Ya Allah, baru hambaMu sedar bahawa masa untukku makin singkat, suntuk dan cepat berlalu.
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segalanya..bantuilah HambaMu ini, Ya Allah..kerana hanya Engkau yang menentukan dan menakdirkan segalanya..bantulah hambaMu ini..Amiinn

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...