Sabtu, 31 Januari 2015

jom meronda satu sekolah

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah..balik umah nothing happen..sampai ke malamnya pun saya tidur dengan lena..tapi sebelum tidur otak ni asyik fikirkan apa yang dah terjadi pagi Jumaat semalam di sekolah..kan bagus kalau kite sentiasa sihat walafiat camtu..huhu. 
Dari waktu pagi Jumaat tu saya melaksanakan tugas yang amat-amat diminat iaitu mengambil gambar majlis yang berlaku. Maka, serata sekolah lah saya meronda..ermmm tak kisah pun..dah itu my fav..hehe. Berkali-kali saya ikut perarakan Maulidur Rasul untuk mendapatkan gambar yang terbaik serta naik turun bangunan untuk dapatkan gambar aktiviti yang dijalankan oleh murid bukan Islam jugak. Kadang-kadang saya kat Dewan Karisma mendengar ceramah dari penceramah yang dijemput khas oleh pihak sekolah..kadang-kadang kat depan pentas..tup tup dah ada kat dalam Makmal Komputer untuk Program murid Islam Tahap 1..pastu ada dalam Bilik Guru plak dan tiba-tiba merehatkan diri dan minda sekejap dalam Bilik Media bersama murid-murid bukan Islam. Sesuatu yang menyeronokkan dalam hati setiap kali tugas sebagai jurukamera ini diberikan kepada saya. Yup, seronok sebab dapat melihat pelbagai reaksi manusia dan paling menggembirakan melihat reaksi gembira mereka bila diambil gambar. Happy jer masing-masing..Alhamdulillah 

 
 Alhamdulillah, banyak kebaikan yang terdapat pada sekolah ni. Hampir kesemua guru dan kakitangannya akan membantu saya menghilangkan tensen dan memastikan saya kembali dalam keadaan yang baik setiap kali sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya. Rasa sayang pulak saya nak tinggalkan mahupun berpindah ke sekolah lain yang mana saya terpaksa memulakan pemahaman orang tentang keadaan dan situasi diri saya. TERIMA KASIH SAHABAT..SEMOGA DIBERKATI DAN DIRAHMATI SELALU..AMINNNNN..


 
Perkataan SUKA ni sangat luas maksudnya....
SUKA = Sayang
SUKA = Minat
SUKA = Cinta
SUKA = Selesa
SUKA = Hormat
SUKA = Gembira
SUKA = Ceria
SUKA = Yakin
So, jangan penah sesekali 
kite salah faham dengan perasaan SUKA 
yang ditunjukkan oleh seseorang kepada kita..BAHAYA TAU..hahaha.

1 ulasan:

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...