Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hai..lama saya tak update Blog saya ni..soriiiiii yer..kadang-kadang
takde masa dan kadang-kadang line internet pun tak bagi peluang untuk saya
update serta upload bermacam-macam gambar kat Blog saya ni..soriiiii sekali
lagi.
Yup..seperti tajuk yang tertulis dalam Blog saya harini..sekolah
saya telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1436H bagi tahun 2015.
Tema Sambutan
Maulidur Rasul pada tahun ini ialah
"Perpaduan Nadi Transformasi Negara"
Harini pelbagai acara telah memenuhi Sambutan Maulidur Rasul. Bagi murid yang bukan beragama Islam pula, terdapat aktiviti yang telah disediakan bagi menambahkan bakat, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.
Untuk permulaan pagi Jumaat, seperti biasa murid-murid Islam akan mengalunkan
bacaan Asma Ul Husna di Dewan Karisma. Untuk murid yang bukan beragama Islam pula, diletakkan dalam kelas dibawah pemantauan guru-guru bukan Islam agar segala aktiviti yang telah dirancangkan dapat dijalankan seperti gambar di bawah.
bacaan Asma Ul Husna di Dewan Karisma. Untuk murid yang bukan beragama Islam pula, diletakkan dalam kelas dibawah pemantauan guru-guru bukan Islam agar segala aktiviti yang telah dirancangkan dapat dijalankan seperti gambar di bawah.
Kemudian, semua murid-murid Islam pula diletakkan dalam barisan bagi memudahkan lagi perarakan Sambutan Maulidur Rasul mengikut laluan yang telah dirancangkan yang akan melalui sekitar kawasan sekolah.
Pihak pentadbir iaitu Guru Besar dan semua Guru Penolong Kanan mengetuai perarakan Maulidur Rasul sambil berselawat diikuti dengan oleh semua murid Islam serta para guru Islam yang lain. Setiap guru mempunyai tugas masing-masing untuk memastikan kelancaran Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Bacaan doa dimulakan dan ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar SK Taman Segar.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk "Kempen Memberi Salam" kepada murid serta Guru atau kakitangan sekolah yang selalu memberikan salam Assalamualaikum antara satu sama lain.
Kemudian Sambutan Maulidur Rasul diteruskan dengan pengasingan antara murid Tahap 1 yang dibawa ke Makmal Komputer dan Murid Tahap 2 pula akan mendengar ceramah dari Penceramah yang dijemput khas oleh pihak sekolah.
Bagi murid-murid bukan beragama Islam, Panitia Pendidikan Moral telah menyediakan aktiviti untuk mereka seperti mewarna poster dan menonton video untuk Tahap 1 dan melukis poster tentang nilai-nilai murni yang harus diamalkan. Sedikit hadiah telah disediakan untuk murid-murid berkenaan.
Ermm..sekadar tontonan bersama untuk berkongsi apa yang berlaku di sekolah saya pada harini..lenkali ada sebarang majlis saya akan uploadkan lagi dalam Blog saya ni..ok...








.jpg)






Tiada ulasan:
Catat Ulasan