Sabtu, 31 Januari 2015

jom meronda satu sekolah

Assalamualaikum dan selamat pagi.
Alhamdulillah..balik umah nothing happen..sampai ke malamnya pun saya tidur dengan lena..tapi sebelum tidur otak ni asyik fikirkan apa yang dah terjadi pagi Jumaat semalam di sekolah..kan bagus kalau kite sentiasa sihat walafiat camtu..huhu. 
Dari waktu pagi Jumaat tu saya melaksanakan tugas yang amat-amat diminat iaitu mengambil gambar majlis yang berlaku. Maka, serata sekolah lah saya meronda..ermmm tak kisah pun..dah itu my fav..hehe. Berkali-kali saya ikut perarakan Maulidur Rasul untuk mendapatkan gambar yang terbaik serta naik turun bangunan untuk dapatkan gambar aktiviti yang dijalankan oleh murid bukan Islam jugak. Kadang-kadang saya kat Dewan Karisma mendengar ceramah dari penceramah yang dijemput khas oleh pihak sekolah..kadang-kadang kat depan pentas..tup tup dah ada kat dalam Makmal Komputer untuk Program murid Islam Tahap 1..pastu ada dalam Bilik Guru plak dan tiba-tiba merehatkan diri dan minda sekejap dalam Bilik Media bersama murid-murid bukan Islam. Sesuatu yang menyeronokkan dalam hati setiap kali tugas sebagai jurukamera ini diberikan kepada saya. Yup, seronok sebab dapat melihat pelbagai reaksi manusia dan paling menggembirakan melihat reaksi gembira mereka bila diambil gambar. Happy jer masing-masing..Alhamdulillah 

 
 Alhamdulillah, banyak kebaikan yang terdapat pada sekolah ni. Hampir kesemua guru dan kakitangannya akan membantu saya menghilangkan tensen dan memastikan saya kembali dalam keadaan yang baik setiap kali sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya. Rasa sayang pulak saya nak tinggalkan mahupun berpindah ke sekolah lain yang mana saya terpaksa memulakan pemahaman orang tentang keadaan dan situasi diri saya. TERIMA KASIH SAHABAT..SEMOGA DIBERKATI DAN DIRAHMATI SELALU..AMINNNNN..


 
Perkataan SUKA ni sangat luas maksudnya....
SUKA = Sayang
SUKA = Minat
SUKA = Cinta
SUKA = Selesa
SUKA = Hormat
SUKA = Gembira
SUKA = Ceria
SUKA = Yakin
So, jangan penah sesekali 
kite salah faham dengan perasaan SUKA 
yang ditunjukkan oleh seseorang kepada kita..BAHAYA TAU..hahaha.

Jumaat, 30 Januari 2015

Sambutan Maulidur Rasul tahun 1436H / 2015 Peringkat Sekolah SK Taman Segar

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hai..lama saya tak update Blog saya ni..soriiiiii yer..kadang-kadang takde masa dan kadang-kadang line internet pun tak bagi peluang untuk saya update serta upload bermacam-macam gambar kat Blog saya ni..soriiiii sekali lagi.

Yup..seperti tajuk yang tertulis dalam Blog saya harini..sekolah saya telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1436H bagi tahun 2015.
Tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah 
"Perpaduan Nadi Transformasi Negara" 

Harini pelbagai acara telah memenuhi Sambutan Maulidur Rasul. Bagi murid yang bukan beragama Islam pula, terdapat aktiviti yang telah disediakan bagi menambahkan bakat, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing.
Untuk permulaan pagi Jumaat, seperti biasa murid-murid Islam akan mengalunkan 
bacaan Asma Ul Husna di Dewan Karisma. Untuk murid yang bukan beragama Islam pula, diletakkan dalam kelas dibawah pemantauan guru-guru bukan Islam agar segala aktiviti yang telah dirancangkan dapat dijalankan seperti gambar di bawah.
Kemudian, semua murid-murid Islam pula diletakkan dalam barisan bagi memudahkan lagi perarakan Sambutan Maulidur Rasul mengikut laluan yang telah dirancangkan yang akan melalui sekitar kawasan sekolah.
 Pihak pentadbir iaitu Guru Besar dan semua Guru Penolong Kanan mengetuai perarakan Maulidur Rasul sambil berselawat diikuti dengan oleh semua murid Islam serta para guru Islam yang lain. Setiap guru mempunyai tugas masing-masing untuk memastikan kelancaran Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
 
Bacaan doa dimulakan dan ucapan perasmian oleh Puan Guru Besar SK Taman Segar.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk "Kempen Memberi Salam" kepada murid serta Guru atau kakitangan sekolah yang selalu memberikan salam Assalamualaikum antara satu sama lain.
  Kemudian Sambutan Maulidur Rasul diteruskan dengan pengasingan antara murid Tahap 1 yang dibawa ke Makmal Komputer dan Murid Tahap 2 pula akan mendengar ceramah dari Penceramah yang dijemput khas oleh pihak sekolah.

Bagi murid-murid bukan beragama Islam, Panitia Pendidikan Moral telah menyediakan aktiviti untuk mereka seperti mewarna poster dan menonton video untuk Tahap 1 dan melukis poster tentang nilai-nilai murni yang harus diamalkan. Sedikit hadiah telah disediakan untuk murid-murid berkenaan.




Ermm..sekadar tontonan bersama untuk berkongsi apa yang berlaku di sekolah saya pada harini..lenkali ada sebarang majlis saya akan uploadkan lagi dalam Blog saya ni..ok...

Ahad, 25 Januari 2015

Proses menyiapkan Fail Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru 2015

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua.
Fuhhhh..mencari-cari di merata tempat jugak lah semalam dan harini, mana nak dapatkan bahan-bahan untuk diisikan dlam Fail PPB ni. Mana yang ada, saya masukkan, mana yang masih belom dapat akan diteruskan pencarian agar lengkap Fail PPB ni..hehe. Dalam cari-mencari bahan untuk Fail PPB ni..sempat plak saya send post baru harini..hehe..just for fun ok.

Harap-harap cepat disiapkan dan ada contoh sebagai panduan..Aminnnnnn

Sabtu, 24 Januari 2015

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-21/2015 dan Anugerah Murid 5A UPSR 2014

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.
Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada murid yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2014 yang lalu. Maka pada pagi ini sedikit anugerah telah diberikan kepada murid-murid yang hebat dalam UPSR. Selain dari penyampaian anugerah kepada murid-murid yang berjaya ini, majlis kemudiannya turut disertakan dengan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-21 bagi tahun 2015. Sedikit gambaran saya kongsikan bersama anda semua tentang apa yang telah berlaku pada harini di sekolah saya. Enjoy it!!

Bacaan doa dari Ustaz Suhaimi
Ucapan dan sedikit penerangan tentang aktiviti sekolah dari YdP PIBG SK Taman Segar
Ucapan dan seterusnya perasmian dari Guru Besar SK Taman Segar
Murid - murid yang mendapat 5A dalam UPSR



Sedikit cenderahati kepada YdP PIBG SK Taman Segar
 
Penyampaian anugerah kepada murid-murid yang mendapat 5A
Penghargaan kepada AJK PIBG 2014
PIBG sesi 2015 yang baru dilantik
Acara cabutan bertuah mengakhiri Mesyuarat PIBG harini
 


 Antara ibu bapa dan para guru yang hadir

Yesss!!! Alhamdulillah..saya pun menang cabutan bertuah jugak..hehe..jangan jeles!!



Khamis, 22 Januari 2015

Lawatan khas daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. 
Alhamdulillah, harini 22 Januari 2015, pada jam 10 pagi tadi, para warga sekolah dengan rasa gembira dan berbesar hatinya telah menerima lawatan dan kunjungan beberapa Tetamu VVIP dari Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi meninjau keadaan sekolah dan juga cara Pengajaran dan Pembelajaran yang dilaksanakan di sekolah. Alhamdulillah dan ucapan terima kasih atas kesudian para Tetamu VVIP ini meluangkan sedikit masa ke sekolah saya. Antara Tetamu VVIP yang hadir ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan iaitu Datin Hajjah Nawal binti Hj Salleh, Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah Bangsar Pudu iaitu Tuan Haji Ismail bin Musa serta para tetamu yang lain.





Terima kasih diucapkan atas kunjungan yang diberikan. 
Semoga di masa akan datang, boleh datang ke sekolah ni lagi yer !!

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...