jom layan jap lagu kt bawah ni...
memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...
Apa yang terjadi yer??
jom layan jap lagu kt bawah ni...
memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...
ALHAMDULILLAH DAN TERIMA KASIH....
tanpa ilmu yang diberikan, sokongan, dorongan, semangat untuk rempuh segalanya serta aura positif dan motivasi..saya tak mungkin akan berada di tahap ini dan tak mungkin akan tahu atau kenal serta faham erti INOVASI dalam kamus hidup saya. Jasa, bakti dan ilmu ini akan berkekalan pahalanya hingga ke akhirat. Terima kasih kerana meyakinkan saya bahawa ada sinar di hadapan mata yang mampu saya kecapi. Moga diberkati Allah selalu...Amiinn.
Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan anda..jutaan terima kasih.Tahniah juga kepada semua permata SKTS yang cikgu sayang kerana memenangi Pertandingan ini. All of u r da best!!!!! Alhamdulillah..we got a Silver medal..go go chaiyokkk!!!
Salam semua..jom kita bicarakan tentang tajuk ketidakpuasan hati.
CEMBURU
Salam semua...jom kite bincangkan tentang tajuk ini dengan lebih meluas iaitu cemburu dalam konteks persahabatan dan pendidikan.
Cemburu itu luas pengertiannya. Sy x pernah kata bahawa tanpa sy sesuatu perkara itu tidak akan bergerak kemana2, kerana tiada apa yg saya bantu pun, cuma mencari permata kecil dan sy hadiahkan agar permata ini cemerlang dan berjaya. Melihat kejayaan anak murid dan sahabat baik sendiri adalah sesuatu yg menggembirakan hati sy. 0.0001% sumbangan daripada saya yang tak perlu diungkit.
Bila seorang demi seorang menyatakan my fav is...my fav is...my fav is the same person i always hear, of coz i will be in jelously condition. Tapi rasa cemburu tu jika dilihat memang pada awalnya ada unsur negatif, sedangkan ia merupakan cabaran kepada diri saya sendiri untuk menjadi yang terbaik sama seperti yg disebut menjadi fav kepada org lain. Mungkin ada yang melihat saya tak ubah seperti nk putar ayat, tp wassup mempunyai sejuta nada dan intonasi, begitu juga dengan apa saja yang ditulis dalam Facebook, Instagram, Telegram kerana tiada suara yang diperdengarkan. Pemahaman ayat saya selama ni, rupernya diambil bulat-bulat sebagai pandangan negatif...Allahuakbar..pliss lah bangun dari tidur.
Bagi saya tanpa cemburu dan cabaran tu...saya tidak akan sanggup merempuh dan mencuba segala perkara yang saya sendiri tak penah dengar. Kalau sy cemburu tahap negatif, jangan kata nak bekerjasama..apa-apa perkara yang berkaitan pun tidak akan saya hulurkan .
Buka minda seluasnya. Dan jangan riso, akhirat nanti saya tak akan claim apa2 pun kerana tiada ape pun yang telah saya laksanakan. Maka pengajarannya di sini ialah, jangan dengar cerita dari sebelah pihak, tapi telitilah kisah dan penjelasan dari kedua-dua pihak menggunakan akal, minda dan bukan emosi anda.
*pengalaman cemburu ni pernah berlaku pada saya semasa kecil, melihat abangg menang dalam banyak pertandingan sejarah..saya cemburu..jeles sangat2 kepada abang hingga saya berazam untuk menjadi sebijak beliau dalam subjek sejarah dan hasilnya harini saya telah menjadi seorang guru sejarah...so, salahkah perasaan cemburu itu????? tepuk dada, tanya selera...hentak kepala, rasakan sakitnya.
Sekian, kali ini..wassalam
Salam semua...yup harini kite sembang2 sket tentang tajuk kenali sahabat.
Jom kite kenali sahabat baik kite sendiri sebelum menilai org lain. Adakah sahabat baik anda pernah bercakap buruk ttg anda atau tidak? dan bagaimana saya menangani situasi itu? adakah saya menyebarkannya? Sekiranya anda memburukkan sahabat baik saya atau org lain, saya tidak jugak menyebarkan kepada sahabat baik saya atau orang yang diburukkan tersebut agar api itu semakin marak.
Be profesional and
fikirkan secara logik kesan dan akibat...penjelasan dari sebelah telinga
saja tidak membawa ke arah yang baik, tapi membawa ke arah runtuhnya sebuah
ukhuwah dan terputusnya sebuah persahabatan yang telah kuat diikat dengan rapinya.
Siapa yangg menikam siapa sebenarnya? Siasat dengan lebih lanjut...sebelum keputusan dibuat. Orang yang lari dan menyorokkan diri terlebih awal itulah punca kepada segalanya dan berhati-hatilah dengan orang yang pandai menipu..we in the triangle situation.
So, semoga anda masih boleh berfikiran waras bagi memastikan yang mana benar dan yang mana salah. Renung-renungkan dan salam buat semua.
Untuk maluman semu guru dan guru kelas, sekiranya ada murid dan guru yang memerlukan khidmat konsultasi bimbingan boleh mengisi form janji temu untuk saya hubungi ya. Bukan sahaja dikhas untuk SK Taman Segar Cheras sahaja tapi untuk semua yang memerlukan kaunseling di srluruh Malaysia. Cuma klik https://mylink.la/cikguhazimamir
WEBINAR: HOW TO MANAGE STRESS?
🛑*PERHATIAN KEPADA WARGA SEKOLAH SELURUH MALAYSIA*🛑
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
*Stress belajar di rumah?* , *Ingin mendapatkan jawapan kepada masalah anda?* Kami telah menjemput Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Kaunselor berdaftar untuk membantu anda! Berikut merupakan butiran program :
🙋🏻♂️PANEL 1:
CIKGU HAZIM AMIR
(GBK SK Taman Segar, KL)
Kaunselor Berdaftar
🙋🏻♂️ PANEL 2 :
DR. MUHAMMAD ASYRAF
(Pensyarah kanan Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)
🗓 Tarikh: 12/6/2021 (Sabtu)
⏰ Masa: 2.00 petang - 5.00 petang
💻 Platform: YouTube
🔗 Link : https://www.youtube.com/watch?v=w4dKdKg77WA
*SIJIL PENYERTAAN AKAN DISEDIAKAN*
Ayuh semua warga sekolah seluruh Malaysia ! Mari sama-sama kita memeriahkan lagi program ini disamping dapat menimba ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan masa hadapan!
Untuk makluman anda, *Program Kesedaran Kesihatan: How to manage stress* merupakan program anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM dengan kerjasama QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 7 dan juga Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Segar, Kuala Lumpur.
jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...