Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Cikgu dah kembali ke sekolah untuk memulakan tugas seperti biasa. Alhamdulillah diberi ruang untuk berehat bersama keluarga sepanjang cuti. Tapi biasalah, masing-masing agak malas nak datang ke sekolah kerana dh lama bercuti..samalah dengan saya jugak..haha.
Bermula dari 27 dan 28 Disember 2019 para guru telah mula bertugas dan pelbagai mesyuarat dijalankan. Semasa mesyuarat inilah lembaran tugasan baru untuk tahun 2020 akan diberikan kepada setiap guru. Maka, tengok pada Jawatakuasalah, kot-kot nama cikgu disenaraikan dalam Jawatankuasa tersebut. Suspen jugak ler melihat fail pengurusan yg menunjukkan apakah jawatan yang akan digalas oleh setiap guru. Well, saya masih berada di zon Sejarah kerana itu sudah pasti adalah bidang utamaku..Alhamdulillah. Nasib baik Sejarah, dibuatnyer saya tiba-tiba diletakkan dalam team Matematik atau Sains, confirm lingkup murid-murid dengan prestasi yang kurang baik dari saya..haha. Apapun..all da best Idura Bahari dan semua para guru SK Taman Segar untuk tahun yang akan mendatang ni. Moga segala urusan dipermudahkan..Amiin



Tiada ulasan:
Catat Ulasan