Isnin, 30 Disember 2019

Hari Orientasi dan Suai Mesra Tahun 1 dan PPKI Sesi 2020

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,
Hari-hari terakhir di tahun 2019 telah diadakan Hari Orientasi dan Suai Mesra Tahun 1 dan PPKI bagi Sesi 2020. Seperti biasa para ibu bapa mendengar sedikit taklimat daripada Guru Besar SK Taman Segar dan para Penolong Kanan. Murid-murid pula dibawa naik ke kelas supaya dapat membiasakan diri dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Murid diberikan beberapa latihan, sekadar untuk mengisi masa mereka sementara para ibu bapa mendengar taklimat daripada para pentadbir sekolah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan bermacam-macam gelagat murid baru samada dari arus Perdana, PPKI atau Pra Sekolah dapat diperhatikan pada hari tersebut. Inilah situasi yang biasa dilihat apabila orientasi murid dijalankan. Apakah matlamat utama Orientasi ini diadakan? Ia bertujuan untuk mendekatkan murid dengan keadaan pembelajaran dan pengajaran para guru di dalam kelas. Tahniah kepada semua guru yang bekerjasama menjayakan program ini.
Sedikit gambar buat tatapan semua berkaitan Hari Orientasi ini. Enjoy!!











Jumaat, 27 Disember 2019

Mesyauarat Guru, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum Bil 1/2020

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Cikgu dah kembali ke sekolah untuk memulakan tugas seperti biasa. Alhamdulillah diberi ruang untuk berehat bersama keluarga sepanjang cuti. Tapi biasalah, masing-masing agak malas nak datang ke sekolah kerana dh lama bercuti..samalah dengan saya jugak..haha.
Bermula dari 27 dan 28 Disember 2019 para guru telah mula bertugas dan pelbagai mesyuarat dijalankan. Semasa mesyuarat inilah lembaran tugasan baru untuk tahun 2020 akan diberikan kepada setiap guru. Maka, tengok pada Jawatakuasalah, kot-kot nama cikgu disenaraikan dalam Jawatankuasa tersebut. Suspen jugak ler melihat fail pengurusan yg menunjukkan apakah jawatan yang akan digalas oleh setiap guru. Well, saya masih berada di zon Sejarah kerana itu sudah pasti adalah bidang utamaku..Alhamdulillah. Nasib baik Sejarah, dibuatnyer saya tiba-tiba diletakkan dalam team Matematik atau Sains, confirm lingkup murid-murid dengan prestasi yang kurang baik dari saya..haha. Apapun..all da best Idura Bahari dan semua para guru SK Taman Segar untuk tahun yang akan mendatang ni. Moga segala urusan dipermudahkan..Amiin




안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...