Khamis, 13 Julai 2017

MAJLIS SILATURRAHIM FAMILI UNIC



Salam dan Selamat sejahtera semua. 
Jom join Majlis Silaturrahim FAMILI UNIC pada 5 Ogos 2017 di Dewan Besar Masjid Ash Shafie, Tmn Maluri KL. Bayaran RM25 jer sorang. Bawak semua kengkawan..ahli keluarga..sedara mara..jiran tetangga..semua boleh ok. Kalo yg non Muslim nk dtg, pastikan berbaju tutup aurat..boleh jer join sama..dont worry. Boleh berhubung dengan AJK yang berkaitan untuk bayaran menyertai majlis ini.
 Jom jom jom..jangan terlambat. Jumpa di sana yer!!!!

Selasa, 11 Julai 2017

MAJLIS SILATURRAHIM FAMILI UNIC 2017






NAK AJAK NI!! 150 ORANG PERTAMA!!!!
JOM KE MAJLIS SILATURRAHIM FAMILI UNIC 
TARIKH : 5 OGOS 2017
TEMPAT : DEWAN BESAR MASJID ASH SHAFIE, TMN MALURI KL.
BAYARAN : RM 25.00 SAHAJA

TERHAD KEPADA 150 JE.. CEPAT TAU
PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT MELALUI 👇👇

NO ACC: 7622213662(CIMB BANK)
NAMA: AINUL HASINA BINTI SAIFUL AULA
(YURAN HENDAKLAH DIBAYAR SEBELUM 1 OGOS)

**[SELEPAS MEMBUAT PEMBAYARAN KE ACC BANK TERTERA, SILA HANTARKAN NAMA PENUH UNTUK PENDAFTARAN, NYATAKN SEBARANG ALAHAN PADA MAKANAN(udang, ayam , sotong dll), DAN GAMBAR RESIT BANK ATAU SCREEN SHOOT(fon online) BAGI PENGESAHAN BAYARAN DI CONTACT NO DI BAWAH👇👇]

MAKLUMAT BAYARAN DAN PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI ~ 011-13130822(AINUL)
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA DAN 😊
JOM KITE ERATKAN LAGI SILATURRAHIM ANTARA KITA..AMIINNN

Rabu, 12 April 2017

Hayati Lirik Lagu Nasyid Ni..Confirm Menitis Airmata...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Kembali mengUpdate Blog ni..tapi tak banyak nak ditulis.
Cuma rasa sedih bila dengar lagu nasyid ni.
Lagu dari Kumpulan Nasyid Saff One yang berjudul Perjuangan..
 

Perjuangan - Kumpulan Saff One

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

Isnin, 13 Februari 2017

Perlantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Taman Segar 2017

Salam dan hai..
Yup..harini Isnin bersamaan 13 Februari 2017 pada jam 7.30 pagi tadi, semasa Perhimpunan Rasmi Sekolah, turut sama diadakan satu Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Briged Bestari dan Pembimbing Rakan Sebaya. Para pengawas ini telah dikurniakan Watikah Perlantikan bagi menjalankan tugas yang telah dianugerahkan. Macam biasa, saya akan mengambil gambar-gambar akan majlis-majlis yang berlangsung di sekolah. Berikut dipertontonkan beberapa gambar yang telah saya edit petang tadi. Ok!!



 

 

   

                         




Bermulanya 2017 - Merentas Desa

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Perghhhh...dah berapa bulan Blog ni ditinggalkan yer?..busy giler lah katakan. Kalo FB tu leh gak jeling-jeling sikit sambil main handphone. Tapi kalo Blog ni tak boleh nak login selalu..sebabnya?..sebabnya kena betul-betul lah mengadap depan laptop atau komputer untuk taip segala macam perkara yang terjadi..hehehe.
Dah masuk bulan Februari dah pun sekarang ni. Jadual waktu pun dah berubah ke jadual waktu yang kedua. Banyak woooo kelas Sejarah yang saya kena handle dalam Jadual Waktu kedua ni. Tak dapat dinafikan memang pening. Satu..pening camner nak bagi budak-budak paham apa yang saya ajar. Dua..nak pastikan budak-budak berminat dan tak tidur dalam kelas masa saya mengajar. Tiga dan paling utama...untuk memastikan saya sentiasa sihat sepanjang masa semasa mengajar..so, tak lah ganggu pengajaran dan pembelajaran saya..hehe.
Ok..kelmarin baru jer sekolah saya mengadakan 1 program untuk murid Tahap 2. Alhamdulillah ia berjaya dilaksanakan walaupun agak serabut sikit bagi saya berbanding Merentas Desa yang telah dijalankan pada tahun lepas semasa Hari Sukan Malaysia 2016. Macam biasalah, sebagai Jurukamera, nak dapatkan gambar dari pelbagai aspek dan bahagian memang susah lah..tapi apa boleh buat, saya sendiri yang pilih hobi ni sejak kecil lagi..hahaha. Kejohanan Merentas Desa 2017 yang telah dijalankan pada hari Sabtu bersamaan 11 Februari 2017 pada jam 7.30 pagi yang lalu telah dimulakan dari Padang SK Taman Segar hinggalah ke Dewan Serbaguna DBKL Taman Segar dan kembali ke garisan penamatnya di Dataran Minda SK Taman Segar. Para pemenang dari No.1 hingga 8 yang sampai awal ke garisan penamat akan menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing dan diberikan hadiah pingat semasa upacara penyampaian hadiah.
Ok, sedikit gambar untuk tatapan semua berkaitan aktiviti yang telah dijalankan ini.


안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...