Sabtu, 9 Januari 2016

Dah 5 hari kembali semula bekerja di tahun 2016..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Dah 5 hari saya kembali bekerja. Walaupun dalam 5 haritu ada 2 hari saya tak sihat, tapi biasalah..keje tetap keje..mesti diteruskan. Alhamdulillah..jadual tahun 2016 ni ok, kurang stress dari segi pengajaran..malah ada pertambahan subjek yang dah 5 tahun gak lah saya tinggalkan..iaitu Pendidikan Jasmani Kesihatan. Ntah apa lah yang saya nak ajar dalam PJK ni yer..tapi apa pun tetap boleh cari bahan dan buat kajian dulu sebelum nak mengajar sesuatu perkara..dont worry lah.
Untuk 2016 ni, saya telah diberi peluang mengajar PJ dan PJK untuk dua kelas Tahun3, Pendidikan Moral pun untuk empat kelas yang telah bergabung menjadi dua dari Tahun 2 dan Tahun 3 dan subjek Sejarah untuk dua buah kelas di Tahun 5. Insya Allah segala urusan boleh dilaksanakan dengan sebaik mungkin..Aamiin. Tapi tahun ni agak penin kepala sikit lah coz telah diberikan beberapa jawatan penting dalam sekolah dan saya akan buat ikut mana yang termampu dek minda ni yer.
Bila ada free time, syok plak saya melayan buku mata pelajaran sekarang ni yang disiapkan dalam bentuk komik. Kalo lah zaman saya sekolah dulu benda-benda camni dah ada dan kite pun berkemampuan untuk membeli bermacam buku, pasti result saya tinggi melambung kot..hihi. Apa pun untuk semua murid generasi kini, rajin-rajin study ok kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Moga berjaya mencapai cita-cita coz orang pandai dah banyak sangat-sangat sekarang ni dan kena bersaing lah kalo nak berjaya masuk Universiti dan seterusnya dapat kerjaya yang hebat. OK lah, saya sertakan gambar buku Subjek Sejarah Tahun 5 dalam bentuk Komik yang sedang saya baca sekarang..daaaaa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...