Ahad, 24 Januari 2016
Sabtu, 23 Januari 2016
Khamis, 21 Januari 2016
Sukantara Tahap 1 SKTS 2016
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Haaa..ada sket gambar untuk Tahun 2016 ni. Awal tahun ni Takwim SKTS dimulakan dengan Sukantara SKTS..happy jer semua murid dari tahun 1 hinggalah tahun 6 coz awal-awal tahun lagi Sukantara dan Kejohanan Olahraga & Balapan akan diadakan..bagi mengelakkan dari menggangu murid-murid UPSR untuk pay attention pada pelajaran kalo dibuat pada akhir tahun..Alhamdulillah.
Dan seperti biasa, kalo kuar gambar-gambar ni, maka CameraWoman nyer takde lah orang lain kecuali saya..hehehe. Gambar-gambar di bawah ni menunjukkan acara yang dijalankan dalam Sukantara 2016 bagi murid Tahap 1 semalam. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Isnin, 18 Januari 2016
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2016
Assalamualaikum semua.
Harini telah dijalankan Sambutan Maulidur Rasul 2016.
Murid Islam berada di Dewan untuk aktiviti berselawat dan mendengar ceramah dari Ustaz Nawawi dan murid Moral pula di letakkan di tempat yang berasingan untuk aktiviti tersendiri.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.
Taklimat Rumah Sukan 2016
Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua.
Ok..harini diadakan Taklimat untuk Rumah-rumah Sukan dan dalam masa yang sama perlantikan Ahli Jawatankuasa Rumah Sukan dari kalangan murid turut dijalankan.
Saya Rumah Hijau, so...asyik mengambil gambar situasi taklimat di Rumah Hijau jer lah..jangan jeles yer..hihihi. Apa pun, diharapkan semua murid-murid kita di Malaysia ni bukan saja fokus pada pelajaran, tapi turut mengAktifkan diri dari segi Kokurikulum dan Sukan..Aamiin.
Sabtu, 9 Januari 2016
Dah 5 hari kembali semula bekerja di tahun 2016..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Dah 5 hari saya kembali bekerja. Walaupun dalam 5 haritu ada 2 hari saya tak sihat, tapi biasalah..keje tetap keje..mesti diteruskan. Alhamdulillah..jadual tahun 2016 ni ok, kurang stress dari segi pengajaran..malah ada pertambahan subjek yang dah 5 tahun gak lah saya tinggalkan..iaitu Pendidikan Jasmani Kesihatan. Ntah apa lah yang saya nak ajar dalam PJK ni yer..tapi apa pun tetap boleh cari bahan dan buat kajian dulu sebelum nak mengajar sesuatu perkara..dont worry lah.
Untuk 2016 ni, saya telah diberi peluang mengajar PJ dan PJK untuk dua kelas Tahun3, Pendidikan Moral pun untuk empat kelas yang telah bergabung menjadi dua dari Tahun 2 dan Tahun 3 dan subjek Sejarah untuk dua buah kelas di Tahun 5. Insya Allah segala urusan boleh dilaksanakan dengan sebaik mungkin..Aamiin. Tapi tahun ni agak penin kepala sikit lah coz telah diberikan beberapa jawatan penting dalam sekolah dan saya akan buat ikut mana yang termampu dek minda ni yer.
Bila ada free time, syok plak saya melayan buku mata pelajaran sekarang ni yang disiapkan dalam bentuk komik. Kalo lah zaman saya sekolah dulu benda-benda camni dah ada dan kite pun berkemampuan untuk membeli bermacam buku, pasti result saya tinggi melambung kot..hihi. Apa pun untuk semua murid generasi kini, rajin-rajin study ok kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Moga berjaya mencapai cita-cita coz orang pandai dah banyak sangat-sangat sekarang ni dan kena bersaing lah kalo nak berjaya masuk Universiti dan seterusnya dapat kerjaya yang hebat. OK lah, saya sertakan gambar buku Subjek Sejarah Tahun 5 dalam bentuk Komik yang sedang saya baca sekarang..daaaaa.
Langgan:
Ulasan (Atom)
안녕하세요 annyeonghaseyo...
jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Kembali mengUpdate Blog ni..tapi tak banyak nak ditulis. Cuma rasa sedih bila dengar lagu na...
-
Dengan pelaksanaan PKP 3.0, proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan di alam maya menerusi kaedah PdPR. Ini meningkatkan penggunaan gaj...
-
RENCANA UTUSAN ONLINE ARKIB: 11 SEPT 2011 "SARJAN JAMIL, PAHLAWAN SEJATI" DATUK J.J RAJ *MINGGUAN: Apakah kaita...

















