Khamis, 22 September 2016

Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil 3/2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Dah lama dah saya tak update Blog ni..almaklum lah busy sesangat..aduhaiiii..sabo jer lah, yang pastinya bila ada free time baru saya leh tulis sesuatu dalam Blog ni..ok!!
Alhamdulillah, tengahari tadi dah selesai meeting penting bagi saya iaitu Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Bil 3/2016. Seram sejuk gak sebelum meeting tu dijalankan coz dah guna format baru, yang mana para Ketua Panitia bukan lagi bertindak sebagai Pengerusi..so, entah apa nak dicakapkan dan apa laporan yang nak disampaikan pada Ahli Panitia lain pun tak tau ler. Format terkini yang menjadi Pengerusinya ialah Para Pentadbir seperti Guru Besar atau Guru Penolong Kanan yang kite jemput untuk menghadiri meeting ini. Oleh itu, segala yang dibincangkan dalam Mesyuarat Kurikulum akan diulang semula oleh Pihak Pentadbir dalam meeting panitia ni..kecuali lah apa yang dibincangkan dalam meeting kurikulum tu tidak langsung disentuh oleh Pihak Pentadbir dalam meeting panitia kali ni...haaaaa, penin kepala korang membaca apa yang ditulis ni..kih kih kih. Biarkan..biarkan..hehehe!!
Bila dilihat dari aspek betapa penting dan betapa wajibnya subjek Pendidikan Moral ni berbanding subjek-subjek teras yang lain, tak dapat dinafikan subjek Pendidikan Moral ni memang tak diperlukan sangat. Cuma...ia adalah satu subjek yang mendidik sikap setiap anak-anak. Kalau anak-anak yang beragama Islam, subjek Pendidikan Agama Islam itulah subjek yang paling penting yang mendidik anak-anak Islam kita. Moga subjek yang menerapkan nilai2 murni ini akan diteruskan..tetapi kenyataan tetap kenyataan bahawa saya berharap subjek ini tidak akan diajar oleh saya tetapi diajar oleh guru yang lain

Ahad, 31 Julai 2016

Tahun Nie Paling Rajin Ku Beraya Di Open House...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Haha...baca tajuk pun orang dah leh tau apa yang saya nak taip.
Tahun ni adalah tahun yang paling banyak saya beraya. Kalo tidak, sebelum-sebelum ni memang susah lah saya nak beraya. Adalah satu umah jer saya beraya..hehe. 
Open House pertama yang saya dan family pergi ialah di umah sepupu saya sendiri di  TUDM, Sungai Besi pada 8 Julai 2016. Masih teringat-ingat lagi apa yang dihidangkan oleh isterinya. Lagipun isterinya yang dah kami anggap sebagai kakak sendiri ni memang pandai memasak.
Seterusnya pula, tahun ni jugak, saya beraya ke umah Azzam Idola Kecil yang lama sungguh tak saya kunjungi di Quaters Polis Sungai Besi pada 18 Julai 2016. Sedih jugak terasa di hati sebab lama sungguh saya tak datang berkunjung ke umahnya hingga menitis airmata Ibunya apabila saya nak pulang. 
Seperti tahun-tahun sebelum ni, saya dan family pasti akan beraya di umah Mak Uda saya di Shah Alam. Umah Mak Uda saya ni adalah umah wajib yang mesti kami sekeluarga kunjungi walaupun bukan pada Hari Raya. Kalo lah semua umah mak saudara dan bapa saudara saya dekat saja, pasti saya akan berkunjung selalu walaupun bukan pada Hari Raya..haha. 
Seterusnya ialah umah Adik Angkat saya yang mana family nyer dah jadi family angkat saya sendiri di Jalan Klang Lama pada 23 Julai 2016. Family nyer sangat mengambil berat tentang keadaan diri saya, cuma saya jer yang langsung takde masa untuk menjenguk mereka walaupun dalam Kuala Lumpur jer. Tapi mereka dah faham situasi saya yang tidak selalunya sihat dan agak terbatas jugak perjalanan ke mana-mana. Terima kasih banyak-banyak Ejam and family.
Seterusnya, dapat jugak saya ke Open House salah seorang cikgu yang saya dah rasakan macam kakak sendiri pada 24 Julai 2016. Cikgu ni dari sekolah saya yang telah bertukar ke sekolah lain. Rumahnya di Hulu Langat..walaupun jauh dan jalan jammed..tapi jumpa jugak akhirnya..Alhamdulillah.
 Dan paling terbaru saya beraya di umah Boss saya semalam pada 30 Julai 2016 yang tak lah jauh mana pun dari umah saya, cuma tak biasa jer dengan kawasan perumahan, jalan dan lorong nyer. Tapi bila dilihat masa yang diambil untuk sampai ke rumahnya ni hanya 16 minit jer kerana ikut Google Map. 
Dan pulang dari Open House Boss saya semalam, terus saya dan family berkunjung ke Open House yang berdekatan dengan blok umah saya.  
Ingatkan tak nak mengambil gambo lah pada setiap kali kunjungan ke Open House-Open House ni,  tapi macam biasa hobi dan tabiat mengambil gambo tu memang dah diserapkan dalam diri saya sejak kecik lagi dari Arwah Abah. Pergi mana-mana jer, confirm handphone ni akan bertugas mengambil gambo walaupun hanya sekeping dua sebagai kenangan. Sesuatu yang menyeronokkan apabila dikemudian harinya saya lihat semula akan semua gambo yang telah saya amik ni..Alhamdulillah.
Alhamdulilah dan Terima Kasih diucapkan kepada yang menjemput dan mengadakan Open House ni yer. Terima Kasih yang tak terhingga kerana menjamu semua para tetamu dengan juadah-juadah enak yang telah disediakan. Yang mana saya tak dapat hadir, jangan berkecil hati,,InsyaAllah..akan datang bila diadakan Open House, saya akan datang yer..InsyaAllah. Dan sebagai tetamu, adalah sesuatu yang baik untuk kita doakan mereka yang telah menjamu kita  dengan hidangan-hidangan ini dengan doa-doa yang sesuai walaupun kita hadir atau tidak ke rumah mereka.
Oleh itu, sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Rumah Terbuka Aidilfitri yang telah diadakan..samada yang telah saya singgah atau sebaliknya. Sesungguhnya, hanya Allah swt saja yang dapat membalas keikhlasan anda semua dalam menghidangkan makanan dan minuman kepada kami semua para tetamu.Aamiin.
"Ya Allah, berikanlah makanan kepada orang yang telah memberikan makan kepadaku dan berikanlah minuman kepada orang yang memberi minum kepadaku. Moga mereka diberkati olehMu di dunia dan di akhirat..Aamiin"



Selasa, 26 Julai 2016

Tak Seronok Harini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Ermm, dah lama kan saya tak update Blog ni. Bukan apa, cuma takde masa dan apa yang pasti line internet slow lah sangat kalau dari rumah. So, sabar jer lah.
Minggu ni dari 25 Julai hingga lah 27 Julai 2016 adalah Minggu Ujian Pengesanan 2 bagi SK Taman Segar...exam ohhh exam. jangan kata murid-murid jer kelam kabut study, cikgu-cikgu pun sebelum ni kelam kabut buat soalan dan sekarang ni pulak buzy menanda kertas jawapan murid-murid. Ditambah pula dengan buzy mengisi HRMIS bagi Pengisytiharaan Harta yang mesti dibuat secepat mungkin oleh setiap kakitangan awam..haha..macam-macam lah. Tapi Alhamdulillah, saya dah siap walaupun macam-macam benda terjadi kat saya.
Tapi ntah kenapa, bila dah settle semuanya, harini rasa nak senyum pun takde mood inikan pulak nak bercakap-cakap. Sampaikan tengok orang lain yang senyum tak tentu pasai kat saya pun, saya rasa nak marah..teruk tul saya harini!!! Tulah, lain kali dengar arahan, bila jadi macam-macam kan susah. Tapi tak taulah nape, terlampau banyak arahan dan pendapat yang diterima dalam menyiapkan sesuatu benda. At last, saya jugak yang problems..huhu..padan muka kat saya sendiri..haha..nasib badan!!!!!
Tak seronok kan harini wahai Idura oiii. Kalau lah boleh amik cuti, confirm saya dah rembat dah untuk harini. So, abis jer kelas, saya terus masuk dalam Makmal Komputer untuk tulis apa yang saya rasa dalam Blog ni. Malas nak lepak dalam Bilik Guru tu..tak pasai-pasai saya moody padahal semua layan saya dengan baik. Lagipun awal pagi tadi kul 7.30, saya dah mula sakit..badan lemah dan kepala pun tak ok. Tu pasai saya tak seronok rasanya harini. 
Ini baru perasaan saya, orang lain punya perasaan ada saya pikir ker? Yang saya langsung tak dengar sikit pun arahan..mesti diorang lagi terasa walaupun diorang dah letakkan kepercayaan tinggi pada saya. Bila pikir balik, jangan hanya pikirkan perasaan diri sendiri jer, tapi perasaan orang lain yang berharap atau percaya sepenuhnya tak pulak kita pikirkan...Sori banyak-banyak yer. Tapi jangan sampai tak cakap atau senyum langsung pada saya harini setiap kali terserempak dengan saya..sebab tu saya rasa tak hepi pun harini.
Tapi pikirlah secara positif, semua orang buzy kan..bukan nya moody..mungkin tak sempat nak cakap atau senyum langsung kot. Think positive yer Idura bahari oiiii. Ok lah, sat g nak balik saya nak g hospital untuk ambil Memo, CD dan Ubat supaya Jumaat nanti saya dapat ker Hospital Putrajaya untuk ambil CD Pet Scan saya plak.
Ok lah semua, saya nak log out dulu, saya tak marahkan sesape pun, tapi marahkan diri saya sendiri yang langsung tak ikut arahan yang diberikan. saya janji tak buat lagi dan semoga ia tak menjejaskan prestasi tahunan atau kecemerlangan kerja saya pada tahun ini. 
Ok..Assalamualaikum dan selamat sejahtera...bye!! 

Rabu, 18 Mei 2016

Hari Guru SK Taman Segar 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Ok..sedikit tontonan untuk anda semua akan Majlis Sambutan Hari Guru yang telah diadakan di sekolah saya. Dengan beberapa aktiviti dan dan acara yang telah dijalankan untuk guru dan murid.

Isnin, 16 Mei 2016

Pemotongan Kek Sempena Hari Guru 2016 dan Sambutan Hari Guru di McDonalds

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
tak dapat nak tulis panjang-panjang, cuma dapat masukkan beberapa gambar mengenai majlis, aktiviti atau program yang telah dijalankan di sekolah saya. 
Sempena Hari Guru pada 16 Mei 2016 yang lalu, sekolah saya telah menerima sebiji kek yang sangat lah besar dan sedap. Alhamdulillah, semua guru dapat menikmati keenakannya pada waktu pagi.


Dan pada waktu petangnya pula, McDonalds di Leisure Mall, Cheras pula telah menjemput semua cikgu-cikgu sekolah saya untuk mengadakan sambutan Hari Guru di restoran tersebut sambil menjalankan beberapa aktiviti di sana..Alhamdulillah, sambil menjalankan aktiviti..sambil tu jugak dapat menikmati juadah yang dihidangkan oleh McDonalds..Terima kasih McD, lain kali boleh jemput lagi.

Rabu, 11 Mei 2016

Bahan Bantu Belajar bagi Pembelajaran Abad Ke-21

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
Cuma nak berkongsi dengan semua tentang Bahan Bantu Belajar bagi Pembelajaran Abad ke-21 yang sedang digunakan di kebanyakan sekolah Malaysia. Berikut adalah antara BBB yang dibelikan oleh Guru Besar SK Taman Segar, Encik Yaziz Bin Yunus untuk Panitia saya iaitu Panitia Pendidikan Moral bagi tahun ini. Namun..bahan ini boleh digunakan oleh panitia yang lain juga. Alhamdulillah..ada jugak bahannya. Sekeping gambar untuk tontonan semua ok.

Sabtu, 7 Mei 2016

Perasmian Penutupan Minggu Bimbingan & Kaunseling 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sedikit gambar saya letakkam dalam Blog ni untuk tatapan semua mengenai Perasmian Penutupan Minggu Bimbingan & Kaunseling yang baru saja berlangsung pagi semalam iaitu
 Jumaat - 6 Mei 2016.


Sabtu, 30 April 2016

Program PETRONAS 2016 di SK Taman Segar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Yes, telah berlangsungnya sebuah program bersama dengan PETRONAS dalam bulan April yang lepas. Seramai 120 orang murid yang mana 100 orang berasal dari sekolah saya sendiri dan 20 orang murid lagi dari 4 buah sekolah yang berdekatan. Seperti biasa, tugas dan peranan saya mengambil gambar berkaitan program dan aktiviti yang dijalankan. Berikut saya letakkan beberapa gambar untuk tontonan semua..



Khamis, 28 April 2016

Latihan Kebakaran 28 April 2016

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua..
alamak..lama betul saya tak update Blog saya ni..buzy lah katakan..banyak sangat keje. Lagipun line internet slow kalo nak upload gambar dan segala macam dokumen dari umah saya ni. Okeh, ada masa saya uploadkan semua gambar yang telah saya gridkan untuk majlis dalam bulan April yer. 
Ermm, ni ada satu gambar dari Latihan Kebakaran yang telah dijalankan pagi tadi. Alhamdulillah, segalanya dapat dilaksanakan dengan baik. Adalah satu jer gambar, tak banyak pun yang saya amik sebab takde sape pun yang suruh. Saja-saja buat kenangan untuk diri sendiri jer..hihihi. Oklah sekadar untuk tontonan bersama akan Latihan Kebakaran yang telah dijalankan di SK Taman Segar pada jam 8.30 pagi tadi.

 

Khamis, 7 April 2016

Bengkel Pembelajaran Abad 21


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai..baru-baru ni sekolah telah dilawati oleh beberapa Fasilitator untuk LDP Bengkel Pembelajaran Abad 21. Tak dapat dinafikan, ia banyak memberikan info dan ilmu pengetahuan yang amat berguna untuk para guru dalam PdP. Ia telah dijalankan dari jam 2.00 hingga 4.00 petang di Bilik Media SK Taman Segar. Ilmu pengetahuan dan info ini boleh digunakan dalam sesi PdP di kelas bersama murid-murid nanti. Ok, berikut adalah beberapa gambar untuk tontonan semua. OK!!

Ujian SEGAK SKTS 2016


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Di sini saya sertakan beberapa gambar semasa Ujian SEGAK untuk subjek PJ bagi murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Maka, semua guru PJK terlibat dengan Ujian SEGAK ini. Pelbagai UJian dijalankan kepada murid-murid dan saya berada di Stesen Ringkuk Separa. Pada hari pertama mungkin agak pening jugak saya mengendalikan Stesen ni. Tapi setelah berpuluh kali saya melakukan senaman dan mencuba nyer di rumah pada malam tersebut untuk Ujian seterusnya pada esok hari, Alhamdulillah..segalanya berkesan..Alhamdulillah dan Alhamdulillah. Kalo tidak memang stress dan menitis air mata saya coz menyusahkan sahabat-sahabat yang lain di atas ketidakpandaian saya dalam mengendalikan ujian tersebut. Terima kasih kepada semua sahabat yang bertahan dan bersabar dalam membantu saya mengharungi segalanya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik semuanya..Aamiin. Sedikit gambar untuk tontonan semua..ok


Majlis Penyerahan Fail Mentor Mentee dan Bunting Hari Lahir SKTS 2016


Assalamulaikum dan salam sejahtera..
hai lama tak jumpa yer. Lama jugak saya tak update Blog saya ni. Busy dan line internet kat umah slow sangat, maka tak dapat nak buat apa-apa. Ok, ni ada sedikit gambar berkaitan Majlis Penyerahan Fail Mentor Mentee dan Bunting Hari Lahir SKTS 2016 yang telah dijalankan pada perhimpunan rasmi yang lepas. Tapi untuk pengetahuan semua, bukan saya yang menjadi Jurukamera nyer yer, dan kerana itulah ada nyer gambo saya dalam majlis tersebut..saya just tukang edit jer. Woooo, bukan senang tau saya nak kumpul gambo saya sendiri. Dan Alhamdulillah, dapat jugak saya tengok gambo saya ditangkap dalam majlis ini di atas pentas..kih kih kih. So, u all cari lah sendiri saya yang mana satu..haha.


Sabtu, 5 Mac 2016

Taklimat JUARA UPSR 2016 untuk para Ibu Bapa & Taklimat LINUS serta Penyerahan Bantuan RM100

Salam dan Selamat Sejahtera semua..
sedikit gambar berkaitan program Taklimat JUARA UPSR 2016 untuk Para Ibu Bapa & Taklimat LINUS beserta Penyerahan Bantuan RM100 untuk murid Tahap 1 yang telah dijalankan pada hari yang sama pada Sabtu - 5 Mac 2016 bersamaan hari Kem Cemerlang Jawi 2016 diadakan. 
Semoga terhibur ok!!!

Taklimat JUARA UPSR 2016 untuk para Ibu Bapa 

 Taklimat LINUS serta Penyerahan Bantuan RM100 Tahap 1
 

Kem Cemerlang Jawi 2016

Assalamulaikum dan salam sejahtera..
Sabtu minggu lepas telah diadakan satu Kem Cemerlang Jawi untuk murid Tahun 2 hingga Tahun 6 bagi mempertingkatkan lagi penguasaan Jawi bagi murid-murid Islam SK Taman Segar. Alhamdulillah, Kem ini telah dapat dijalankan dengan lancar walaupun hari Sabtu tersebut turut dijalankan beberapa program yang lain sekaligus seperti Taklimat JUARA UPSR 2016 untuk Para Ibu Bapa dan Taklimat LINUS beserta Penyerahan Bantuan RM100 kepada murid Tahap 1.
Sedikit gambar untuk tontonan semua ok!!!
 

















































안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...