Assalamulaikum...
Dah lama tak post apa-apa dalam Blog ni..busy dengan macam-macam keje dan tugas..serta kesihatan pun tak mengizinkan saya untuk menulis panjang lebar, tak macam dalam FB yang statusnya tak lah begitu panjang lebar sangat.
Semalam dah bermula LDP bagi setiap Panitia untuk PdP Tahun 6 dan saya mengikuti LDP Panitia mata pelajaran Pendidikan Moral memandangkan saya memegang jawatan Setiausaha.
Harini masih lagi bekerja tapi diisikan dengan LDP VLE FROG yang sekian lama tak diusik oleh mana-mana guru. So, pencerahan oleh Guru Pakar VLE FROG iaitu Cikgu Safari Bin Saufi kembali diberikan kepada semua guru agar dapat menyiapkan Kuiz Sempena Musim Cuti Sekolah dalam sistem ni..Alhamdulillah semua berjaya dijalankan dalam Makmal Komputer di sekolah.
Seterusnya pula diadakan Post Mortem Analisis UPSR serta mata pelajaran lain bagi tahun 2015 dan dipengerusikan oleh Guru Besar sekolah iaitu En.Yaziz Bin Yunus. Pelbagai perkara diperbincangkan iaitu dari segi jumlah peratusan lulus dan gagal murid tahun ini.
Tamat saja LDP dan Analisis ini, guru menyelesaikan semua tugasan sebelum mula bercuti dan saya mengambil kesempatan untuk melihat jadual dan mata pelajaran yang akan diajar pada tahun 2016 dan tiba-tiba kuar satu perasaan yang sampai sekarang tak dapat saya gambarkan. Apa pun, InsyaAllah..saya pasti dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan tahun depan.
Sebelum cuti bermula, saya ucapkan Selamat Bercuti kepada semua cikgu dan minta ampun dan maaf jika ada salah dan silap..terkasar bahasa..terganazz tingkah laku..banyak kali memeningkan kepala semua cikgu-cikgu..agak panik..kelam kabut dan sebagainya..maka, berjuta-juta ampun saya harapkan. Moga kita semua diberkati Allah swt sepanjang masa. Jika panjang umur, kita akan jumpa lagi bila dah selesai cuti kepada semua kengkawan guru di SK Taman Segar yer.
Sepanjang cuti sekolah ni, InsyaAllah akan saya updatekan blog ni untuk bacaan umum ok.
Sepanjang cuti sekolah ni, InsyaAllah akan saya updatekan blog ni untuk bacaan umum ok.





Tiada ulasan:
Catat Ulasan