Ahad, 29 November 2015

Jom Cuti-cuti Malaysia kat Melaka jap..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Semalam (Sabtu - 28 Nov 2015) saya dan family ronda-ronda ke Melaka. Alhamdulillah, cuaca elok dan tak hujan..tapi tak sempat lah nak masuk semua jenis muzium yang ada coz semuanya ditutup pada jam 5 petang. Ape pun dapat lah ambik gambo sket kat tempat-tempat yang best..dan salah satu tempat yang sempat dikunjungi coz lambat tutupnya ialah Upside Down House..hehe. Ok, berikut adalah gambo-gambo yang sempat diambik semasa berada di Melaka-Bandaraya Bersejarah semalam..moga semua terhibur yer. InsyaAllah sepanjang cuti sekolah ni saya akan kembali mengaktifkan diri untuk mengUpdate semula blog saya ni ok 😊

Jumaat, 27 November 2015

Hari-hari Terakhir di Sekolah Sebelum Cuti Hujung Tahun 2015

Assalamulaikum...
Dah lama tak post apa-apa dalam Blog ni..busy dengan macam-macam keje dan tugas..serta kesihatan pun tak mengizinkan saya untuk menulis panjang lebar, tak macam dalam FB yang statusnya tak lah begitu panjang lebar sangat.
Semalam dah bermula LDP bagi setiap Panitia untuk PdP Tahun 6 dan saya mengikuti LDP Panitia mata pelajaran Pendidikan Moral memandangkan saya memegang jawatan Setiausaha.


Harini masih lagi bekerja tapi diisikan dengan LDP VLE FROG yang sekian lama tak diusik oleh mana-mana guru. So, pencerahan oleh Guru Pakar VLE FROG iaitu Cikgu Safari Bin Saufi kembali diberikan kepada semua guru agar dapat menyiapkan Kuiz Sempena Musim Cuti Sekolah dalam sistem ni..Alhamdulillah semua berjaya dijalankan dalam Makmal Komputer di sekolah.

 Seterusnya pula diadakan Post Mortem Analisis UPSR serta mata pelajaran lain bagi tahun 2015 dan dipengerusikan oleh Guru Besar sekolah iaitu En.Yaziz Bin Yunus. Pelbagai perkara diperbincangkan iaitu dari segi jumlah peratusan lulus dan gagal murid tahun ini.
Tamat saja LDP dan Analisis ini, guru menyelesaikan semua tugasan sebelum mula bercuti dan saya mengambil kesempatan untuk melihat jadual dan mata pelajaran yang akan diajar pada tahun 2016 dan tiba-tiba kuar satu perasaan yang sampai sekarang tak dapat saya gambarkan. Apa pun, InsyaAllah..saya pasti dapat menjalankan tanggungjawab yang diberikan tahun depan.
Sebelum cuti bermula, saya ucapkan Selamat Bercuti kepada semua cikgu dan minta ampun dan maaf jika ada salah dan silap..terkasar bahasa..terganazz tingkah laku..banyak kali memeningkan kepala semua cikgu-cikgu..agak panik..kelam kabut dan sebagainya..maka, berjuta-juta ampun saya harapkan. Moga kita semua diberkati Allah swt sepanjang masa. Jika panjang umur, kita akan jumpa lagi bila dah selesai cuti kepada semua kengkawan guru di SK Taman Segar yer.
Sepanjang cuti sekolah ni, InsyaAllah akan saya updatekan blog ni untuk bacaan umum ok.

Sabtu, 21 November 2015

Hari Anugerah Cemerlang 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Last day before cuti..SK Taman Segar telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2015.
Dan seperti biasa, saya akan jadi CameraWoman nyer..haha. 
Murid-murid yang mencapai akademik dan kokurikulum terbaik akan dianugerahkan dengan hadiah, sijil serta pingat masing-masing..ermmm, best kan kalo leh kembali ke zaman sekolah MENJADI MURID SEMULA..confirm saya akan target habis-habisan dalam akademik dan kokurikulum punyalah. 
Ok..di sini saya sertakan beberapa gambar untuk tontonan dan perkongsian bersama..diharapkan menjadi contoh untuk murid-murid lain agar dapat menjadi sehebat mereka yang dianugerahkan hadiah ni.

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...