Isnin, 2 Mac 2015

Jumaat & Sabtu - 27 hingga 28 Februari 2015 - Kursus Sahsiah & Kepimpinan Jati Diri Pengawas SK Taman Segar 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
fuhhhh...sorii atas keterlambatan saya mengUpdate Blog saya akhir-akhir ni..tak banyak masa free untuk saya berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat semua program apa yang telah dijalankan di sekolah atau apa yang telah terjadi pada diri saya sendiri...hehe..soriiiiiiii yerrrrr..apa pun senyum-senyum selalu. 
Ok, untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang baru saja mengikuti Blog saya ni, Blog ni bukanlah satu Blog formal atau rasmi yer..ia sekadar Blog yang menceritakan segala macam perkara yang saya lalui pada setiap hari. Oleh kerana itu, saya tidak menggunakan bahasa yang formal ok...so, jangan marah kalau saya gunakan bahasa seharian.
Ok lah, pada hari Jumaat dan Sabtu (kelmarin dan semalam) telah berlangsungnya sebuah Kursus Sahsiah & Kepimpinan Jati Diri Pengawas bagi sekolah saya. Kursus yang disertai oleh semua Pengawas-pengawas sekolah ini telah diberikan oleh Fasilitator dari Team TOT ELAS. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Suai Kenal, Bola S, Stesyen Kumpulan, Race Against Time. Setiap aktiviti ini bertujuan membina kemahiran dan keyakinan dalam setiap diri pemimpin murid-murid sekolah saya. Jangan kata murid bergembira dengan aktiviti-aktiviti tersebut, cikgu-cikgu pun kalau dapat join sama pasti rasa gembira.
Sedikit tontonan untuk anda semua akan aktiviti yang dijalankan selama 2 hari tersebut.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...