Jumaat, 11 Jun 2021

PROGRAM KESEDARAN KESIHATAN

WEBINAR: HOW TO MANAGE STRESS?

 🛑*PERHATIAN KEPADA WARGA SEKOLAH SELURUH MALAYSIA*🛑

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
*Stress belajar di rumah?* , *Ingin mendapatkan jawapan kepada masalah anda?*  Kami telah menjemput Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Kaunselor berdaftar untuk membantu anda! Berikut merupakan butiran program :

 🙋🏻‍♂️PANEL 1:
CIKGU HAZIM AMIR
(GBK SK Taman Segar, KL)
Kaunselor Berdaftar


🙋🏻‍♂️ PANEL 2 :
DR. MUHAMMAD ASYRAF
(Pensyarah kanan Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM)

🗓 Tarikh: 12/6/2021 (Sabtu)
⏰ Masa: 2.00 petang - 5.00 petang
💻 Platform: YouTube

🔗 Link : https://www.youtube.com/watch?v=w4dKdKg77WA

*SIJIL PENYERTAAN AKAN DISEDIAKAN*

Ayuh semua warga sekolah seluruh Malaysia ! Mari sama-sama kita memeriahkan lagi program ini disamping dapat menimba ilmu yang bermanfaat untuk kegunaan masa hadapan!

Untuk makluman anda, *Program  Kesedaran Kesihatan: How to manage stress* merupakan program anjuran Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM dengan kerjasama QKK2101 Bakti Siswa Kumpulan 7 dan juga Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Segar, Kuala Lumpur.


 

 

Jumaat, 4 Jun 2021

Google Meet Sejarah - Jumaat - 4 Jun 2021 - 8.30 malam

 GM Sejarah sepanjang cuti sekolah...dlm erti kata lain..kelas tambahan lah. Ok jom penuhkan 98 murid dlm GM Sejarah kali ni ok. Next week ada lagi. TQ kpd jemputan khas yg sudi join sama. Mungkin murid agak terkejut dgn kehadiran anda pd waktu akhir sy umumkan, tp murid suka anda hadir bersama. A lot of "Thanks U" they give to u, teacher jemputan kite iaitu Guru Kaunseling SK Taman Segar iaitu Cikgu Hazim Amir. TQ krn dengan sportingnya join kelas tahap 1 - BM dan tahap 2 - Sejarah saya dlm situasi yg berbeza iaitu bersemuka dan melalui PdPR. Terima kasih semua murid SK Taman Segar Cheras. Kamu semua merupakan insan yg cemerlang..jd teruskan kecemerlangan itu..Tahniah!!





 

Siri Bimbingan Motivasi Edisi Khas Cuti Sekolah : Jom Sihatkan Minda

Cuti Sekolah di musim Lockdown PKP ni buat apa di rumah??? Takde idea nak buat apa-apa pun??? Jom sertai Siri Bimbingan Motivasi Edisi Khas Cuti Sekolah : Jom Sihatkan Minda anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Segar, KL dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Nong Chik, Johor Cuti Sekolah Datang Lagi!!! Tak tahu nak buat apa di rumah ?????
 

Bersama panel hebat kita :

🧕🏻 Cik Aishah
Pelajar UMT


👨‍🏫 Cikgu Hazim Amir
GBK SK Taman Segar


👨🏻‍🏫Cikgu Safuan
GBK SK Nong Chik


Tarikh : 4 Jun 2021
Hari    : Jumaat
Masa : 10.30 pagi

Link   : https://www.youtube.com/watch?v=dDgD1x2wjsM

Semua murid seluruh MALAYSIA dijemput hadir bersama. Murid boleh sediakan pensil dan alat tulis untuk aktiviti semasa sesi ☺️


 




Kesan penggunaan gadjet ke atas mata kanak- kanak

Dengan pelaksanaan PKP 3.0, proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan di alam maya menerusi kaedah PdPR.

Ini meningkatkan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak dan boleh memberi kesan negatif kepada saraf mata dan tahap penglihatan mereka.

Oleh itu, awasi tempoh penggunaan gajet anak-anak anda dan lakukan senaman mata untuk mengekalkan kesihatan mata.

#infokesihatanSKTSDengan pelaksanaan PKP 3.0, proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan di alam maya menerusi kaedah PdPR.

Ini meningkatkan penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak dan boleh memberi kesan negatif kepada saraf mata dan tahap penglihatan mereka.

Oleh itu, awasi tempoh penggunaan gajet anak-anak anda dan lakukan senaman mata untuk mengekalkan kesihatan mata.

#infokesihatanSKTS 


 

Macam mana nak jadi pelajar cemerlang?? Stress dengan belajar!!!


👨‍🎓 Macam mana nak jadi pelajar cemerlang?? Stress dengan belajar!!! 
 
 Jangan lepaskan peluang ini mari sama-sama kita saksikan perkongsian bersama panel yang hebat bagi SIRI BIMBINGAN MOTIVASI : MENJADI PELAJAR CEMERLANG anjuran UBK SK Taman Segar, Kuala Lumpur dan UBK SK Ulu Dusun, Sabah. 
 
 🧕🏻Panel 1 Cikgu Norhati GBK SK Ulu Dusun Sabah 
 
👱‍♂️Panel 2 Cikgu Hazim Amir GBK SK Taman Segar Cheras 
 
 🧕 Panel 3 Cik Sofiah Pelajar UMT 
 
 
                                            Tarikh : 28.5.2021
                                              Hari : Jumaat
                                            Masa : 2.15 petang
 
 Semua murid seluruh Malaysia di jemput hadir bagi sesi perkongsian ilmu ☺️
 









 

Konflik awal remaja ?? saya takut dan keliru untuk ke alam remaja!!!

 

             Jangan lepaskan peluang ini mari sama-sama kita saksikan perkongsian bersama panel yang hebat bagi 
SIRI BIMBINGAN MOTIVASI : MELANGKAH KE AWAL REMAJA anjuran UBK SK Taman Segar dan UBK SK Bukit Jalil.
 
🧕🏻Panel 1
Dr. Ezdianie
Pensyarah Bimbingan & Kaunseling UMT 
 
👱‍♂️Panel 2
Cikgu Hazim Amir
Guru Bimbingan dan Kaunseling, SK Taman Segar, Cheras
 
🧕 Panel 3
Cikgu Shahrina
Guru Bimbingan dan Kaunseling, SK Bukit Jalil 
  Semua murid di jemput hadir bagi sesi perkongsian ilmu 
 
 



Selamat Hari Aidilfitri PKP 2021

 Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Nur Baidura Bahari dan Nur Amalina Bahari kepada keluarga, sanak saudara, sahabat semua dan muslimin muslimat. Salah silap harap dimaafkan. Maaf Zahir dan Batin. Raya kali ni kita x kemanalah yer..jadi jaga SOP masing. Data mereka yang dijangkiti Covid makin meningkat tau...harap maklum.

 





Selamat Hari Guru kepada semua para pendidik di seluruh dunia...

 SELAMAT HARI GURU KEPADA PENDIDIK DI SELURUH DUNIA

Terima kasih kepada cikgu, ustaz, ustazah, tutor, pensyarah, profesor, para mentor, wakil rakyat dan semua yg telah mendidik saya hingga menjadi orang yang berjaya hingga ke hari ini. Jasamu akan dikenang selalu. 💓



 

 

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...