Ahad, 31 Julai 2016

Tahun Nie Paling Rajin Ku Beraya Di Open House...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Haha...baca tajuk pun orang dah leh tau apa yang saya nak taip.
Tahun ni adalah tahun yang paling banyak saya beraya. Kalo tidak, sebelum-sebelum ni memang susah lah saya nak beraya. Adalah satu umah jer saya beraya..hehe. 
Open House pertama yang saya dan family pergi ialah di umah sepupu saya sendiri di  TUDM, Sungai Besi pada 8 Julai 2016. Masih teringat-ingat lagi apa yang dihidangkan oleh isterinya. Lagipun isterinya yang dah kami anggap sebagai kakak sendiri ni memang pandai memasak.
Seterusnya pula, tahun ni jugak, saya beraya ke umah Azzam Idola Kecil yang lama sungguh tak saya kunjungi di Quaters Polis Sungai Besi pada 18 Julai 2016. Sedih jugak terasa di hati sebab lama sungguh saya tak datang berkunjung ke umahnya hingga menitis airmata Ibunya apabila saya nak pulang. 
Seperti tahun-tahun sebelum ni, saya dan family pasti akan beraya di umah Mak Uda saya di Shah Alam. Umah Mak Uda saya ni adalah umah wajib yang mesti kami sekeluarga kunjungi walaupun bukan pada Hari Raya. Kalo lah semua umah mak saudara dan bapa saudara saya dekat saja, pasti saya akan berkunjung selalu walaupun bukan pada Hari Raya..haha. 
Seterusnya ialah umah Adik Angkat saya yang mana family nyer dah jadi family angkat saya sendiri di Jalan Klang Lama pada 23 Julai 2016. Family nyer sangat mengambil berat tentang keadaan diri saya, cuma saya jer yang langsung takde masa untuk menjenguk mereka walaupun dalam Kuala Lumpur jer. Tapi mereka dah faham situasi saya yang tidak selalunya sihat dan agak terbatas jugak perjalanan ke mana-mana. Terima kasih banyak-banyak Ejam and family.
Seterusnya, dapat jugak saya ke Open House salah seorang cikgu yang saya dah rasakan macam kakak sendiri pada 24 Julai 2016. Cikgu ni dari sekolah saya yang telah bertukar ke sekolah lain. Rumahnya di Hulu Langat..walaupun jauh dan jalan jammed..tapi jumpa jugak akhirnya..Alhamdulillah.
 Dan paling terbaru saya beraya di umah Boss saya semalam pada 30 Julai 2016 yang tak lah jauh mana pun dari umah saya, cuma tak biasa jer dengan kawasan perumahan, jalan dan lorong nyer. Tapi bila dilihat masa yang diambil untuk sampai ke rumahnya ni hanya 16 minit jer kerana ikut Google Map. 
Dan pulang dari Open House Boss saya semalam, terus saya dan family berkunjung ke Open House yang berdekatan dengan blok umah saya.  
Ingatkan tak nak mengambil gambo lah pada setiap kali kunjungan ke Open House-Open House ni,  tapi macam biasa hobi dan tabiat mengambil gambo tu memang dah diserapkan dalam diri saya sejak kecik lagi dari Arwah Abah. Pergi mana-mana jer, confirm handphone ni akan bertugas mengambil gambo walaupun hanya sekeping dua sebagai kenangan. Sesuatu yang menyeronokkan apabila dikemudian harinya saya lihat semula akan semua gambo yang telah saya amik ni..Alhamdulillah.
Alhamdulilah dan Terima Kasih diucapkan kepada yang menjemput dan mengadakan Open House ni yer. Terima Kasih yang tak terhingga kerana menjamu semua para tetamu dengan juadah-juadah enak yang telah disediakan. Yang mana saya tak dapat hadir, jangan berkecil hati,,InsyaAllah..akan datang bila diadakan Open House, saya akan datang yer..InsyaAllah. Dan sebagai tetamu, adalah sesuatu yang baik untuk kita doakan mereka yang telah menjamu kita  dengan hidangan-hidangan ini dengan doa-doa yang sesuai walaupun kita hadir atau tidak ke rumah mereka.
Oleh itu, sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Rumah Terbuka Aidilfitri yang telah diadakan..samada yang telah saya singgah atau sebaliknya. Sesungguhnya, hanya Allah swt saja yang dapat membalas keikhlasan anda semua dalam menghidangkan makanan dan minuman kepada kami semua para tetamu.Aamiin.
"Ya Allah, berikanlah makanan kepada orang yang telah memberikan makan kepadaku dan berikanlah minuman kepada orang yang memberi minum kepadaku. Moga mereka diberkati olehMu di dunia dan di akhirat..Aamiin"



Selasa, 26 Julai 2016

Tak Seronok Harini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 
Ermm, dah lama kan saya tak update Blog ni. Bukan apa, cuma takde masa dan apa yang pasti line internet slow lah sangat kalau dari rumah. So, sabar jer lah.
Minggu ni dari 25 Julai hingga lah 27 Julai 2016 adalah Minggu Ujian Pengesanan 2 bagi SK Taman Segar...exam ohhh exam. jangan kata murid-murid jer kelam kabut study, cikgu-cikgu pun sebelum ni kelam kabut buat soalan dan sekarang ni pulak buzy menanda kertas jawapan murid-murid. Ditambah pula dengan buzy mengisi HRMIS bagi Pengisytiharaan Harta yang mesti dibuat secepat mungkin oleh setiap kakitangan awam..haha..macam-macam lah. Tapi Alhamdulillah, saya dah siap walaupun macam-macam benda terjadi kat saya.
Tapi ntah kenapa, bila dah settle semuanya, harini rasa nak senyum pun takde mood inikan pulak nak bercakap-cakap. Sampaikan tengok orang lain yang senyum tak tentu pasai kat saya pun, saya rasa nak marah..teruk tul saya harini!!! Tulah, lain kali dengar arahan, bila jadi macam-macam kan susah. Tapi tak taulah nape, terlampau banyak arahan dan pendapat yang diterima dalam menyiapkan sesuatu benda. At last, saya jugak yang problems..huhu..padan muka kat saya sendiri..haha..nasib badan!!!!!
Tak seronok kan harini wahai Idura oiii. Kalau lah boleh amik cuti, confirm saya dah rembat dah untuk harini. So, abis jer kelas, saya terus masuk dalam Makmal Komputer untuk tulis apa yang saya rasa dalam Blog ni. Malas nak lepak dalam Bilik Guru tu..tak pasai-pasai saya moody padahal semua layan saya dengan baik. Lagipun awal pagi tadi kul 7.30, saya dah mula sakit..badan lemah dan kepala pun tak ok. Tu pasai saya tak seronok rasanya harini. 
Ini baru perasaan saya, orang lain punya perasaan ada saya pikir ker? Yang saya langsung tak dengar sikit pun arahan..mesti diorang lagi terasa walaupun diorang dah letakkan kepercayaan tinggi pada saya. Bila pikir balik, jangan hanya pikirkan perasaan diri sendiri jer, tapi perasaan orang lain yang berharap atau percaya sepenuhnya tak pulak kita pikirkan...Sori banyak-banyak yer. Tapi jangan sampai tak cakap atau senyum langsung pada saya harini setiap kali terserempak dengan saya..sebab tu saya rasa tak hepi pun harini.
Tapi pikirlah secara positif, semua orang buzy kan..bukan nya moody..mungkin tak sempat nak cakap atau senyum langsung kot. Think positive yer Idura bahari oiiii. Ok lah, sat g nak balik saya nak g hospital untuk ambil Memo, CD dan Ubat supaya Jumaat nanti saya dapat ker Hospital Putrajaya untuk ambil CD Pet Scan saya plak.
Ok lah semua, saya nak log out dulu, saya tak marahkan sesape pun, tapi marahkan diri saya sendiri yang langsung tak ikut arahan yang diberikan. saya janji tak buat lagi dan semoga ia tak menjejaskan prestasi tahunan atau kecemerlangan kerja saya pada tahun ini. 
Ok..Assalamualaikum dan selamat sejahtera...bye!! 

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...