Rabu, 18 Mei 2016

Hari Guru SK Taman Segar 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Ok..sedikit tontonan untuk anda semua akan Majlis Sambutan Hari Guru yang telah diadakan di sekolah saya. Dengan beberapa aktiviti dan dan acara yang telah dijalankan untuk guru dan murid.

Isnin, 16 Mei 2016

Pemotongan Kek Sempena Hari Guru 2016 dan Sambutan Hari Guru di McDonalds

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
tak dapat nak tulis panjang-panjang, cuma dapat masukkan beberapa gambar mengenai majlis, aktiviti atau program yang telah dijalankan di sekolah saya. 
Sempena Hari Guru pada 16 Mei 2016 yang lalu, sekolah saya telah menerima sebiji kek yang sangat lah besar dan sedap. Alhamdulillah, semua guru dapat menikmati keenakannya pada waktu pagi.


Dan pada waktu petangnya pula, McDonalds di Leisure Mall, Cheras pula telah menjemput semua cikgu-cikgu sekolah saya untuk mengadakan sambutan Hari Guru di restoran tersebut sambil menjalankan beberapa aktiviti di sana..Alhamdulillah, sambil menjalankan aktiviti..sambil tu jugak dapat menikmati juadah yang dihidangkan oleh McDonalds..Terima kasih McD, lain kali boleh jemput lagi.

Rabu, 11 Mei 2016

Bahan Bantu Belajar bagi Pembelajaran Abad Ke-21

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..
Cuma nak berkongsi dengan semua tentang Bahan Bantu Belajar bagi Pembelajaran Abad ke-21 yang sedang digunakan di kebanyakan sekolah Malaysia. Berikut adalah antara BBB yang dibelikan oleh Guru Besar SK Taman Segar, Encik Yaziz Bin Yunus untuk Panitia saya iaitu Panitia Pendidikan Moral bagi tahun ini. Namun..bahan ini boleh digunakan oleh panitia yang lain juga. Alhamdulillah..ada jugak bahannya. Sekeping gambar untuk tontonan semua ok.

Sabtu, 7 Mei 2016

Perasmian Penutupan Minggu Bimbingan & Kaunseling 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Sedikit gambar saya letakkam dalam Blog ni untuk tatapan semua mengenai Perasmian Penutupan Minggu Bimbingan & Kaunseling yang baru saja berlangsung pagi semalam iaitu
 Jumaat - 6 Mei 2016.


안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...