Ahad, 28 Februari 2016

Kejohanan Balapan dan Padang SK Taman Segar 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Fuhhh..masih terasa lagi kepenatan sukan pada Sabtu 27 Februari 2016 semalam di Stadium Mini Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.
Dengan keadaan diri yang tak sihat sejak pagi hinggalah selesai sukan. Ambil gambar pun tanpa berkata apa-apa..cuma klik apa yang sepatutnya jer. Bila ada tempat duduk atau boleh jer duduk, terus lepak jap lah sebab kepala penin sesangat semalam. 
 pun..Alhamdulillah segalanya telah selesai dan esok semua warga SK Taman Segar diberikan Cuti Rehat...yahooooo!!!
Tapi, bukan boleh ke mana pun, kereta saya masuk Wad lah..aduhhaiiii..maka sabor jer lah.
Ok, sedikit tontonan akan aksi-aksi dalam Kejohanan Balapan & Padang yang telah diadakan pada hari Sabtu 27 Februari 2016 semalam..enjoy it ok. Bye & Salam.

Khamis, 25 Februari 2016

Jom melawat website ni kalo ada masa ok

Assalamulaikum dan selamat sejahtera..
kalo ada masa jom melawat website sekolah ni ok..

http://www.sktsegar.net/


Ahad, 21 Februari 2016

Sukantara Pra Sekolah, PPKI, Tahun 1 & Tahun 2 (2016) SK Taman Segar

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua..
Fuhhh..masih lagi terasa penat dengan sukantara yang diadakan di sekolah saya 20 Februari 2016 - Sabtu semalam. Tapi apa yang penting, sangat menyeronokkan. Keadaan cuaca jangan citerlah..memang panas tahap Gaban..hahaha..tahap apa tu ekk??..hahaha..hanya mereka yang berada di zaman saya jer yang faham..hihi. 
Ermm..seperti biasa, tugas saya mengambil gambar aktiviti atau acara serta aksi yang berlaku. Alhamdulillah, tiada sebarang masalah dari segi kemalangan yang berlaku..semua dijalankan dalam keadaan baik dan selamat. Minggu depan pada 27 Februari 2016 plak, akan diadakan Kejohanan Balapan dan Padang Tahunan bagi murid Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Diharapkan segalanya berlangsung dalam keadaan lancar..Aamiin. So, sedikit tontonan untuk anda semua akan aksi-aksi dalam sukantara semalam. 
Enjoy it!!!

Isnin, 15 Februari 2016

Kem Bestari Solat Siri 1 (2016)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..
sekolah saya telah mengadakan Kem Bestari Solat. Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar dari murid Tahun 1 hinggalah ke Tahun 5. Bagi murid Tahun 6 pula, ada aktiviti khas untuk UPSR iaitu Hari Keibubapaan Tahun 6.
Seperti biasa, saya akan ronda sekeliling sekolah untuk ambil sket gambar segala program yang diadakan dan nama saya dah tertulis dalam AJK Kem Bestari Solat sebagai Jurukamera...maka di situlah saya berada. Sedikit gambar untuk tontonan semua ok.

안녕하세요 annyeonghaseyo...

jom layan jap lagu kt bawah ni... memandangkan NCT Dream baru jer balik malam semalam...